Jumaat, 21 Mei 2010

BERJUANG MEMPERTAHANKAN AGAMA / BANGSA / NEGARA ialah IBADAH JIHAD



WAHAI MANUSIA YANG MENGAKU SEBAGAI MUSLIM......!!!!!

HENDAKLAH SENTIASA KAMU INGAT BAHAWA BERJUANG MEMPERTAHANKAN AGAMAMU / BANGSAMU / NEGARAMU DARI SERANGAN ORANG KAFIR ITU ADALAH IBADAH JIHAD / FI SABILILLAH YANG DITUNTUT TUHANMU....ALLAH SWT

JIKA KAMU MASIH LAGI MENGAKU AKAN KETUHANAN ALLAH SWT & KERASULAN MUHAMMAD SAW MAKA WAJIBLAH KAMU BANGUN MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM KAMU BANGSA MELAYU KAMU DAN SATU SATUNYA NEGARA KAMU MALAYSIA DARI SERANGAN POLITIK PARTI YANG SHOHIH BUKAN ISLAM IAITU DAP YANG BERTUANKAN PAP......JIKA KAMU TIDAK MAHU DERHAKA KEPADA PERINTAH TUHANMU.

HENDAKLAK JUGA KAMU INGAT AKAN TALI TALI ALLAH ...BAHAWA SAUDARAMU IALAH ORANG ORANG ISLAM DAN BUKANNYA GOLONGAN AL-KAFIRUN.

Seruan Yang Diulang- Ulang Ayuh Semua Bloggers Melayu...Ulang & Ulang Didalam Blog Saudara Sekalian...Itulah Tanggungjawab & Peranan Kita...Ayuh.Mudah-mudahan Dikabulkan Allah SWT.

ULANG & ULANG & ULANG HINGGA MASUK KEJANTUNG QALBU ....dari blog GEMASINDAH



INGATLAH WAHAI MELAYU...INI BUKAN CERITA DONGENG..

Kaum Cina melalui DAP yg asalnya adalah PAP Singapura mahu memerintah Malaysia spt Cina memerintah Singapura sepenuhnya.

Sekarang inilah masa yg paling sesuai utk kaum Cina memulakan niat jahat mereka. Sebab DAP boleh memperkudakan PAS utk meraih undi orang Melayu. Bila kaum Cina sudah berkuasa mereka akan buang PAS daripada Kerajaan Pakatan spt yg telah berlaku di Singapura di suatu masa dahulu. Silalah rujuk sejarah Singapura utk kepastian!

Jika orang Melayu tidak sedar akan hasrat kaum Cina ini, tunggulah apa yg akan berlaku di PRU13 nanti!

DAP juga memperalatkan Anwar supaya menjadi PM boneka mereka di Puterajaya. Anwar memang akan menjual negara ini. Dia tak kisah. Asal dapat jadi PM dia dah puas.Lihatlah apa yg dibuatnya utk membela kaum Melayu di Penang. Tak ada apa kan? Lepas itu dia akan dibuang. Setelah perlembagaan negara dipinda oleh kaum Cina, orang Melayu akan mengemis di tanah air sendiri spt yg sedang berlaku di Singapura.

........................................................................................

INGATLAH WAHAI MELAYU...INI BUKAN CERITA DONGENG..

Kaum Cina melalui DAP yg asalnya adalah PAP Singapura mahu memerintah Malaysia spt Cina memerintah Singapura sepenuhnya.

Sekarang inilah masa yg paling sesuai utk kaum Cina memulakan niat jahat mereka. Sebab DAP boleh memperkudakan PAS utk meraih undi orang Melayu. Bila kaum Cina sudah berkuasa mereka akan buang PAS daripada Kerajaan Pakatan spt yg telah berlaku di Singapura di suatu masa dahulu. Silalah rujuk sejarah Singapura utk kepastian!

Jika orang Melayu tidak sedar akan hasrat kaum Cina ini, tunggulah apa yg akan berlaku di PRU13 nanti!

DAP juga memperalatkan Anwar supaya menjadi PM boneka mereka di Puterajaya. Anwar memang akan menjual negara ini. Dia tak kisah. Asal dapat jadi PM dia dah puas.Lihatlah apa yg dibuatnya utk membela kaum Melayu di Penang. Tak ada apa kan? Lepas itu dia akan dibuang. Setelah perlembagaan negara dipinda oleh kaum Cina, orang Melayu akan mengemis di tanah air sendiri spt yg sedang berlaku di Singapura.

Khamis, 20 Mei 2010

PAPER TRADING - TAMAKI SASAKI HEBATNYA OTAK YAHUDI & KRISTIAN --bahagian dua.



PENJELASAN TAMAKI BERKAITAN CADANGAN MITSUI BANK….

Cagaran yang diperlukan oleh Mitsui Bank hanyalah sakeping kertas yang dinamakan LETTER OF GUARANTEE ( BG ) yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia ( BNM ) bernilai RM 16 billion. Syarat utama Surat Jaminan itu hendaklah boleh ditukarmilik dan tidak sekali-kali boleh dibatalkan.

Langkah Pertama Menjual BG BNM Kepada Emperor

Apabila Mitsui Bank memperolehi BG ini , mereka akan menjualnya kepada Emperor yang selalunya menyimpan wang mereka di Swiss Bank. Tidak seperti bank lain yang membayar faedah kepada pendeposit, Swiss Bank mengenakan bayaran bagi khidmat penyimpanan wang yang berjumlah besar.

Kita katakanlah emperor itu ialah Emir Of Kuwait. Mitsui akan cuba menjual katakan BG yang bernilai 16 billion pada harga yang didiskaunkan katakanlah RM 10 billion sahaja.

Oleh kerana ianya menguntungkan, emperor bersetuju untuk membelinya. Maka dengan modal RM 2 billion ( bayaran pinjaman pertama sebanyak RM 2 billion diberi kepada Kerajaan Malaysia, semasa perjanjian Pinjaman ditandatangani ) Mitsui kini mendapat keuntungan kasar sebanyak RM 8 billion. Keuntungan menjual kertas yang disebut sebagai BG.- BNM itu.

Langkah Kedua Ialah Mendapatkan Promisory Notes Bermodalkan Perjanjian Pinjaman Antara Mitsui Dengan Peminjam

Seterusnya bermodalkan Perjanjian Pinjaman , Mitsui akan membuat pinjaman antara bank katakanlah dengan beberapa bank seperti Barclays Bank, ABN Amro, Standard Chartered & Chase Manhattan Bank. Jumlah yang mahu dipinjam ialah sebanyak RM 2 billion sahaja untuk setiap pakej pinjaman Tujuannya ialah untuk membayar ansuran pinjaman untuk tahun kedua hinggalah ketahun kelima kepada kerajaan Malaysia bagi membangunkan Putrajaya.

Dengan persetujuan membayar faedah tertentu Barclays dan lain lain bank yang disebut diatas, bersetuju memberi pinjaman.

Namun pinjaman tidaklah diperlukan ketika Perjanjian dibuat tetapi pada tahun tahun berikutnya. Dokumen atau kertas yang mengikat Mitsui dengan Barclays dan lain lain bank itu berkaitan pinjaman ini disebut sebagai NOTA JANJI atau PROMISORY NOTE. Syarat adalah sama iaitu irrevocable but transferable.
.

Pinjaman Dibuat Antara Bank Bank Yang Menjadi Ahli
Top 100 World Prime Banks & Top 50 Europian Banks.


Pinjaman dilakukan antara bank bank yang menjadi Kelab Kelab Bank ternama dunia. Sekurang-kurangnya ada 2 kelab. Pertamanya Kelab Top 100 World Prime Banks dan yang kedua Top 50 Europian banks.

Akhirnya Mitsui memperolehi 5 kertas , yang umumnya dirujuk sebagai Banking Papers , pertama BG Bank Negara Malysia bernilai RM 16 billion yang telah dipindahmilik kepada Emir Of kuwait, kedua Promisory Notes Barclays Bank, ketiga katakan PN yang dikeluarkan oleh ABN Amro , keempat PN yang dikeluarkan Standard Chartered, kelima PN yang dikeluarkan oleh Chase Manhattan Bank.

Nilai kertas sekarang ini ialah : BG BNM telah dijual hasil jualan = 10 b
4 PN pelbagai bank = 8 b

Nilia kesemua = 18 b.
Baki perlu dibayar kepada Kjn M’sia = 8 b

Untung Kasar = 10 b

Mitsui Bank tidak berhenti setakat itu sahaja kerana ada lagi satu putaran / round perlu dilakukan dalam sistem ini.

Langkah Ketiga Menjual PN Kepada Bank Bank Kecil Atau Multinational Companies.

Transaksi seterusnya ialah menjual 4 keping kertas PN itu kepada bank bank lain yang lebih kecil yang memerlukan kecairan tunai. Mitsui akan mencari 4 bank yang barangkali bukan ahli kedua kelab bank tersebut diatas. Katakanlah setiap satu PN setiap satu bernilai 2 billion itu dijual pada harga yang didiskaunkan iaitu sebanayk RM 1 billion. Maka 4 PN akan mendatangkan hasil sebanyak 4 biliion kepada Mitsui.

Pilihan kedua Mitsui ialah menjulakan PN PN kepada syarikat multinational Jepun seperti Toyota Motors, Hitachi dan sebagainya. Inilah satu diantara cara cara Jepun membiayai industrinya.

Inilah penjelasan panjang lebar Tamaki berkaitan sistem Paper Trading yang diamalkan oleh bank bank yang menganggotai kedua Kelab Bank yang disebut diatas dan juga oleh bebrapa Emperor Emperor terutamanya Geoge Soros.

Bantuan Tamaki Sasaki ini membolehkan saya dan Roger Reef mangaut semua wang pertaruhan Think Tank kami sebanyak RM 1,600.00 itu.


Pelabur Yahudi & Institusi Yahudi & WCM Merupakan Pemilik Kebanyakan Bank Bank Besar Dunia. Pemain Utama Ialah WCM

Kebanyakan pemilik bank bank besar didunia ialah pelabur pelabur Yahudi dan pemilik terbesar secara terus atau secara tidk terus ialah WCM.

Kesimpulan

Kekuatan sistem ini ialah pengwujudan dua Kelab Bank yang dimilikki dan diurus oleh kapitalis barat terutamanya Yahudi. Pertubuhan pertubuhan Yahudi dan WCM bukan sahaja menjadi pemain utama tetapi merekalah pemilik sistem ini.

WCM adalah pertubuhan yang sangat kaya. Saya pernah melihat senarai penderma WCM yang ada pada Tamaki Sasaki yang dijilid mengikut abjad A hingga Z. Yang saya tengok ialah Jilid Abjad M setebal lebihkurang satu setengah inci. Madonna sahaja pada tahun itu menderma sebanyak USD 6 juta.

Anak pertubuhan yang dianggotai Tamaki Sasaki dinamakan sebagai THE KNIGHT OF MALTA. Tugas utama mereka ialah mengwujudkan dana melalui sistem Paper Trading ini untuk WCM. Saya pernah bertanya kepada Tamaki Sasaki tentang pegangan agamanya. Jawapan Tamaki my religion is Money.

Kebanyakan Emperor adalah dari kalangan orang Islam yang kaya raya. Saya tidak perlulah menyebut nama sebab kita boleh fikir sendiri siapakah mereka. Yang hendak disebut ialah mereka mereka ini adalah raja raja minyak.

Pengaruh Pope dan Vatican dalam sistem ekonomi dunia adalah sangat kuat. Perkara ini jarang dihebohkan. Saya pernah bertanya sendiri kepada saorang yang bernama Arthur Ryan ketika itu menjawat CEO Chase Manhattan & Prudential Insurance. Kata Arthur…jika Pope mengeluarkan deposit WCM dari Chase Manhattan, bank itu akan bergoyang dan barangkali boleh tutup kedai.

Bolehkah orang Islam mengatasi Yahudi dan Kristian ? Saya kira tidak mungkin sama sekali. Mereka bukan sahaja memilikki sistem ketenteraan yang canggih manggih tetapi juga sistem kewangan dan ekonomi dunia adalah ditangan mereka.

Inilah yang dilakukan George Soros dahulu dalam cubaan meranapkan ekonomi negara kita Malaysia. Nasib baik kita ada Tun Dr Mahathir. Jika harapkan Anuar Ibrahim sudah lama kita berkecai.

Tetapi Yahudi & WCM belum give up dan Anwar pun masih hidup dan bergiat aktif. SEDARLAH WAHAI MELAYU & UMAT ISLAM. Begitulah hebatnya dan kuatnya OTAK PENIPU YAHUDI. Mereka Memang Pakar Manipulation.

Bersambung………..menjual Certificate Of Deposit Jefferson Bank ke Seattle.



Omarabdullah…….banyak belajar dari Tamaki Sasaki San.

TAMAKI SASAKI DENGAN – PAPER TRADING-nya………….. HEBATNYA OTAK JEPUN & YAHUDI.



Saudara pembaca yang dihormati.

Cerita Tok Ayah akan disambung pada entri akan datang kerana saya mendahulukan cerita pengalaman peribadi saya bekerja dengan saorang Billionair Jepun yang bekerja untuk Pope Paul melalui pertubuhan yang bernama WCM atau World Christian Movement…tiada kaitan dengan dakwah kristian secara langsung tetapi menceritakan bagaimana orang kristian dan yahudi mencipta duit…hingga tidak terkira banyaknya.


MINI THINK TANK UNTUK MENGASAH OTAK

Pada beberapa tahun yang lalu saya dan kawan kawan ada menubuhkan semacam think tank group. Ada lapan orang para sahabat yang terdiri dari pelbagai profession. Setiap orang dikehendakki menyumbang RM 200.00 saorang sebulan.

Kami selalunya berkumpul di sabuah warung kopi Di Taman Tun Dr Ismail , Kuala Lumpur, sebulan sekali. Dalam pertemuan itu kami membincangkan tajuk tajuk atau persoalan tertentu dan sesiapa yang dapat memberi jawapan yang diterima ramai akan mendapat wang terkumpul bulanan tersebut.

BAIKNYA HATI MITSUI BANK OF JAPAN………


Dalam satu perjumpaan kami, salah saorang sahabat yang bekerja sebagai Pegawai Pelaburan KWSP telah mengemukakan satu persoalan untuk difikirkan dan dicari jawapan.

Menurut sahabat itu beliau telah didatangi oleh beberapa pegawai Mitsui Bank dari Jepun yang mencadangkan agar KWSP dan Mitsui Bank bekerjasama untuk membiayai Pembangunan Putrajaya yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri DS Dr Mahathir Mohamad. ( ketika itu )

Jumlah pembiayaan yang dicadangkan ialah sebanyak RM 10 billion dibayar sebanyak RM 2 billion setahun selama 5 tahun. Kadar faedah yang dikenakan HANYA sebanyak 2% setahun dan tempoh bayaran balik ialah selama 30 tahun. Sekuriti pinjaman hanyalah SURAT JAMINAN BANK NEGARA MALAYSIA bernilai RM 16 billion dengan syarat bahawa Surat Jaminan itu tidak boleh dirombak ( irrevocable ) tetapi boleh ditukar milik. ( transferable ) Tiada ikatan lain seperti kontraktor utama hendaklah syarikat Jepun dan sebagainya.

Yang dipersoalkan ialah kenapa Mitsui Bank hanya mengenakan kadar faedah pinjaman 2 % sahaja sedangkan kadar faedah simpanan tetap ketika itu melebihi 5%. Kenapa Mitsui banyak kelihatan sangat baik hati sedangkan tiada ikatan lain seperti mensyaratkan syarikat Jepun hendaklah menjadi kontraktor utama dan sebagainya.

BERTEMU TAMAKI SASAKI The Knight Of Malta & Miss Goh ….

Dalam seminggu selepas perjumpaan yang disebut diatas, semasa saya dan saorang sahabat rapat bernama Roger Reef ( bukan nama sebenar ) sedang minum di Coffee House Regent Hotel , Kuala Lumpur ,datang saorang tua Jepun ke kopi House tersebut dan kami dapati pelayan coffe house berebut –rebut hendak melayan orang tua itu.

Terlintas dikepala saya untuk bertanya kepada orang Jepun itu mengenai persoalan Bank Mitsui ..manalah tahu kalau orang Jepun itu dapat memberi jawapan yang munasabah.
.
Kami kemeja orang tua itu agar sudi minum bersama kami atas belanja kami . kerana ada soalan yang kami nak tanyakan. Sebaliknya orang tua Jepun itu mengajak kami minum bersama dan dia yang belanja. Ternyata agak sukar juga untuk berbicara dengan orang tua Jepun itu kerana bahasa Inggerisnya agak teruk..kira kira broken Englishlah. Orang tua itu memperkenalkan dirinya sebagai Tamaki Sasaki . Dalam kad namanya tertulis The Knight Of Malta.

Ketika kami tanyakan hal faedah yang rendah yang dicadangkan oleh Mitsui Bank itu, Tamaki Sasaki menjawab : We japan people work smart …no work hard..japan brain very good..you come see me ..my apartment ..KL Plaza..tomorrow ..we talk.

Semasa kami minum itu datanglah kemeja kami saorang gadis cina yang muda dan cantik jelita untuk minum bersama Mr Tamaki Sasaki. Tamaki Sasaki memperkenalkan gadis itu : this miss goh my girlfriend…young ..young 21 years..I ..oldman 72 years kata Sasaki.

Saya dan Roger Reef terperanjat beruk…cemburu juga dihati bagaimana orang setua Sasaki berumur 72 tahun boleh memikat gadis yang cantik berumur 21 tahun. ?

PENJELASAN TAMAKI SASAKI TENTANG PAPER TRADING….


Keesokan harinya kami menemui Tamaki Sasaki di apartmentnya. Tamaki Sasaki jelas sangat tinggi ilmunya ..dan NETWORKINGnya sangat hebat. Barulah kami ketahui maksud The Knight Of Malta iaitu satu gelaran ( bertaraf Tan Sri atau Lord ) yang diberikan oleh Pope Paul untuk manusia manusia yang berjasa kepada WCM ( World Christian Movement )

Setbacknya Tamaki hanyalah bahasa Inggerisnya yang teruk tetapi senang juga untuk kami fahami. Akhirnya kami faham apa sebenarnya yang dilakukan oleh Mitsui Bank dan juga lain lain Kumpulan Bank terbesar dunia.

Rupa-rupanya mencari duit amatlah mudah bagi orang seperti Tamaki Sasaki dan lain lain orang yang digelar Sasaki sebagai The Emperors. Antara Emperor yang paling Emperor ialah GEORGE SOROS. Dan Sasaki memang mengenali George Soros secara peribadi. Dia juga mengenali Presiden Amerika , Bill Clinton juga secara peribadi.

Dalam pertemuan kali pertama itu Tamaki menawarkan kepada kami berdua untuk bekerja dengannya sebagai Penterjemah dan melakukan kerja tulis menulis dan sebagainya.

Saya dan Roger Reef setelah berbincang menerima tawaran Sasaki itu , kata Roger setidak tidaknya kita dapat belajar tentang apa yang dikatakan oleh Sasaki sebagai PAPER TRADING & ROLL OVER.

Bersambung……bagaimana cara Mitsui Bank cari duit…RM 10 Billion.

Omarabdullah…..cerita ini berdasarkan pengalaman peribadi penulis dengan sedikit olahan untuk dijadikan cerita.

Rabu, 19 Mei 2010

SAMBUNGAN CERITA TOK AYAH....................



Saya diperkenalkan kepada Tok Ayah oleh adik angkat saya bernama Md Zain. Dia adalah anak angkat Tok Ayah.

Ketika itu saya dan beberapa rakan kongsi saya telah menubuhkan syarikat untuk memohon lesen Bot Laut Dalam. Pengarah Urusan syarikat ialah abang angkat DS Sanusi Joned yang ketika itu menjawat Menteri Pertanian. Nama abang angkat DS Sanusi itu ialah Abang Mat Padang saorang gangster pencen. ( saya akan tulis pengalaman pahit manis saya bersama Bang Mat Padang dilain entri )

Ada saja rintangannya menyebabkan permohonan kami tertangguh walaupun DS Sanusi sendiri berjanji untuk meluluskannya.

Adik angkat saya mencadangkan agar kami bertemu Tok Ayah minta dia buat sembahyang hajat agar Allah memakbulkan permohonan kami. Md Zain kata semua yang jadi ahli saham syarikat kena hadhir bersama .

TAK DAPAT NAK SOROK APA APA DARI TOK AYAH…………


Jadi kami pun berjumapa Tok Ayah. Maka macam macamlah cerita Tok Ayah mengulas peribadi kami lepas saorang saorang…yang peliknya kesemua kami mengakui kebenaran cerita cerita Tok Ayah itu sebagai benar ..tiada yang tidak betul..akibatnya masing masing dah tahulah perangai antara satu sama lain.

Tok Ayah menggelar saya sebagai Lebai Maghrib….memang benar ketika itu ..saya hanya rajin sembahyang maghrib ..yang lain banyak tertinggal. Tok Ayah kata …dalam loghat kedah…hang yang sekok ni…lepas maghrib gantung songkok kat dinding..maghrib esok baru hang ambek balik…dari la ni saya kena panggil hang lebai maghrib lah…..

BUANG KIFARAT………………

Tok Ayah kata…memang padanlah Allah tahan rezeki hang semua..hang ni takdak yang tak berkarat….banyak sangat karat. Tuan Haji ni …lagi teruklah takdak betui yang baik hang buat masa hang muda muda dulu…hang perabih semua..kata Tok Ayah kepada Bang Mat… hang kena sewa bodoza ..nak kambuih lubang hang..tak boleh main cangkui cangkui dah..

Tok Ayah merujuk karat karat ini sebagai Kifarat. Mengikut Tok Ayah kami kena mandi air daun daun tertentu didnihari dan dia kena buat sembahyang hajat selama tiga malam berturut turut minta Allah ampunkan dosa dosa kami ( buang karat karat ). Saya Cuma mintak pada Allah saja ..tak taulah Allah setuju hapuih karat karat hang atau tidak kata Tok Ayah sambil ketawa.

Kami masing masing diminta membawa sehelai kain putih umpama kain kapan, sehelai kain kuning untuk alas tilam , RM 65.00 duit syiling, sepapan telur ayam, 9 biji limau nipis ,3 helai kain basahan mandi dan baldi plastik 4 gelen.

SEMBAHYANG HAJAT BUANG KIFARAT………..


Satelah tiba hari yang ditentukan kami semua datang kerumah Tok Ayah ditepi sungai itu. Kami borak boraklah hingga sampai jam 12.30 malam , barulah Tok Ayah nak mulakan sembahyang hajatnya. Sambil itu kami perhatikan Tok Ayah telahpun menjerang air dalam 4 tong minyak tanah. Saya lihat banyak daun daun kayu didalam tong tong tersebut. Tok ayah menggunakan kayu api. Ditepi tong tong itu telah sedia 4 kerusi ( kami ada 4 orang )

Tok ayah minta kami alas alas tilam tilam sponge yang disediakannya dan baring menghadap kiblat dan gunakan kain putih untuk menutup seluruh badan kecuali muka umpama mayatlah kami ketika itu.

Maka Tok Ayah pun memulakan sembahyang hajatnya. Saya perhatikan Tok Ayah membawa surah Al-Ikhlas sebanyak 13 kali pada setiap rakaat. Dirakaat yang kedua setelah membaca Tahiyyat Akhir Tok Ayah tidak beri salam tetapi terus sujud semula dan berdoa ..ada yang bahasa Arab ada yang bahasa melayu yang saya faham. Selepas bangun dari sujud barulah Tok Ayah beri salam kekanan dan kekiri.

Saya pernah bertanya akan hal ini kepada Tok Ayah : Jawabnya…hang kalau pegi mintak tolong pada Tok Isa ( menteri besar NS ketika itu ) hang mintak bila hang dah keluak pejabat dia ka ?

Salepas selesai sembahyang sunat hajat Tok Ayah keluarkan buku dia dan mula membaca doa yang panjang didalam bahasa Arab..ada kalanya saya mendengar dia menangis…dan ada kalanya doa dia dalam bahasa melayu.

Sekitar jam 3 pagi Tok Ayah kejutkan kami ( semua tidur berdengkur melainkan saya ) . Maka kami duduklah diatas tikar sembahyang menghadap Tok Ayah saorang lepas saorang. Mula mula Tok Ayah baca doa dalam bahasa Arab dan hembuskan ke ubun ubun kani ..selepas itu baca doa lagi dan hembuskan ketelinga kami kanan dan kiri…wadduh sejuk betul rasanya umpama air batu….

MANDI BUANG KIFARAT DI – DINI HARI …………bersambung.

Kenangan :

Omar Abdullah….terima kasih Tok Ayah you are like my own father.

Sabtu, 15 Mei 2010

KISAH ORANG LAMA BERNAMA TOK AYAH.........

Salam saudara pembaca yang dihormati....
Semuga di Rahmati Allah SWT.

Pada Entri hujung minggu ini , saya ingin menulis mengenai saorang orang lama / tua yang sangat saya sayang dan hormati.Saya tidak pasti akan umurnya sebab bila saya tanya dia senyum sahaja, agak agak saya usia dia menghampiri 100 tahun tetapi masih tegap dan cergas bagaikan orang berumur 50 an.

Saya memanggilnya sebagai TOK AYAH. Tok Ayah saya ini tinggal saorang diri disabuah pondok ditepi sungai Muar tidak jauh dari kampong saya. Tok Ayah ini kontroversi sikit ...bukan sahaja dari segi perawatakannya tetapi juga pakaiannya...kadang kadang dia berpakaian seperti anak muda seluar jean jenama levis ..siap dengan jaket..levis juga tetapi serbannya tetap ada. Kalau dia pakai jean...kasutnya kasut boot jenama johnson.

Ada kalanya dia pakai jubah ala orang tabligh ..dan ada juga kalanya juga dia pakai kain pelakat cap gajah siap pakai kot tetapi serbannya diganti dengan TARBUS TURKI bewarna merah.

Hobinya sedekah telur rebus dan menabur duit syiling setiap hari Jumaat jika dia memilih untuk sembahyang Jumaat. Kesukaannya ialah makan kerak nasi. Bila masak nasi, nasi yang dimasak ayam dan itik dia yang makan...kerak nasi itu jangan diusik...itu makanan dia. Tok Ayah ni sangat kuat merokok ..lepas sebatang ..sebatang..tak putus putus..rokoknya pula susah nak cari rokok gudang garam merah yang takda gabus tu...susah susah caripun...Tok Ayah tak pernah putus bekalan rokoknya.

Akibat perangai pelik dia..ramai juga orang dikawasan gemas yang tahu atau cam orang tua ini mengatakan dia sewel ...orang tak tentu....tapi bagi orang yang mengenali dia secara rapat...akan berkata..jangan main main dengan Tok Ayah..dia bukan sebarang orang.

Mengikut cerita Tok Ayah dia berasal dari Baling, Kedah tetapi keluarganya ramai di Satun Selatan Thailand. Dia pernah mengumpul duit bertahun tahun untuk pergi Mekah. Tujuan ke Mekah ialah hendak bersembahyang hajat di Masjidil Haram ..nak minta Allah bagi dia Ilmu Dunia untuk menolong sesama muslim. Agaknya Allah makbulkan niat dia...sebab dia pernah tunjukkan kepada saya sabuah kitab tulisan tangan yang mengikut Tok Ayah diperolehinya dari saorang Habsyi di Masjidil Haram.

Tok Ayah ini saya perhatikan ada macam macam kelebihan..pertamanya apa juga yang dia tanam yang dia tanam itu subur..apa juga yang dia pelihara ...pasti membiak cepat. Saya pernah lihat sendiri dia menanam pokok manggis ...selepas 4 tahun ..saya tengok manggis dia dah berbuah lebat..sedangkan manggis kita dah berumur 7 tahun masih malas berbuah. Ada orang sedekah pada dia sepasang ayam api api ..tak sampai setahun saya lihat sendiri Tok Ayah ada berpuluh ekor ayam api api. Saya sendiri pernah bela juga ayam api2 ini ..hampir 2 tahun bela tak mahu jadi..walaupun ayam itu bertelur.

Saya pernah tengok dia bersembahyang hajat...aduh ..dia baca fatihah dengan taranum yg sungguh syahdu hingga air mata saya bertitisan...saya juga pernah duduk dan berbaring melihat dia bersembahyang hajat mulai 12.30 malam hingga subuh. Memang Tok Ayah ini suka bersembahyang hajat cara dia...apa juga persoalan ..dia pun ajukan kepada Tuhan melalui sembahyang hajatnya.

Banyak amalan amalan Tok Ayah ini ...disini saya turunkan salah satu amalan yang dianjurkannya iaitu mengamalkan AYAT 3 apabila kita menghadapi apa apa jua masalah atau hajat besar . Sdra yang minat dan percaya bolehlah cari ayat ayat ini , hafalkan dan amalkan ( tok ayah dah bagi ijazah umum dah ) :-

Pertama Surah Asy Syuaraa Ayat 94-95
dengan syarat tukarkan kalimah wa junu du iblis ajmaun dengan wajunu dihi iblis ajmaun

Kedua Surah Yaasin ayat 65

Ketiga Surah Yaasin ayat 82

Bacalah ayat ini sekaligus sebanyak 3 X akhiri dengan Zikir Nafas Kalimah Allah Tarik Kedalam dan hembuskan Kalimah HU ..kearah apa yang ditujukan.

Mengikut Tok Ayah jika dimakbulkan Allah besi pun patah. Mengenai perkara ini saya boleh sahkan kebenarannya. Saya terlupa akan pesanan Tok Ayah atau saya tak ambil berat..warning Tok Ayah..saya baca ayat ayat ini ketika mahu berjumpa saorang Menteri Besar untuk urusan duniawi..camshaft kereta mercedez diesel saya patah dan saya kena belanja RM 2,500.00. yang peliknya lepas sahaja kereta siap dan bayar bil sebanyak RM 2,500.00 saya kerumah Tok Ayah..sampai sahaja Tok Ayah ..perli saya Hang ni memang degil...dah cakap jangan baca dalam kereta ..hang baca jugak..padan muka hang kena 2,500.00. lantas saya jatuh terduduk ..nasib baik jatuh duduk atas kerusi....

bersambung..............

Jumaat, 14 Mei 2010

PETUA ORANG TUA TUA YANG HAMPIR DI-LUPAKAN.....

Salam saudara pembaca yang dihormati,

Orang tua tua kita dahulu banyak menggunakan bahan bahan sekeliling mereka untuk mengubati penyakit yang mudah mudah. Mereka banyak menggunakan herba yang berbentuk akar akar kayu walaupun tidak tahu akan kandungan kimia akar akar kayu tersebut tetapi mahir akan kegunaannya.

Malangnya ilmu turun temurun jarang sekali dicatitkan kedalam buku mengakibatkan ilmu tersebut hampir pupus. Syukur Alhamdulilah sejak kebelakangn ini khasiat herba herba Malaysia telah dikaji secara saintifik oleh pakar pakar dipelbagai sektor.

Saya mengenali saorang pakar Phyto Kimia jabatn Bio-Sains Universiti Malaya bernama Professor Dr Muhammad Zakaria yang akan mengetuai Jabatan Bio-Kimia Universiti Malaya cawangan Gemas apa bila siap nanti.

Dalam entri kali ini dicatitkan 15 Petua Petua Orang Tua Tua Melayu untuk anda cuba.

Salam Takzim

Omar Abdullah.

..................................................................................

PETUA PETUA

1. Bawang Putih Penawar Batuk dan Lelah

- bakar 2 3 ulas bawang putih tanpa dibuang kulit sehingga kekuning-kuningan.
- buang kulit dan amalkan memakannya 2 kali sehari.
- ia berkesan untuk hilangkan batuk dan lelah.

2. Kain Batik Tidak Luntur

- agar kain batik tidak luntur warnanya, ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air.
- ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam dengan air rebusan daun betik tadi semalaman.
- selepas itu cuci seperti biasa.

3. Menghilangkan Bengkak Payudara

- bagi ibu yang baru melahirkan anak, ambil 10 – 15 helai daun keledek.
- tumbukkan daun tersebut hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih.
- sapukan di sekitar payudara dan insyallah bengkak akan hilang.

4. Kilatkan Kuku

- Ambil sebiji belimbing buluh, gosokkan pada kuku.. Insyallah akan kelihatan berseri-seri.

5. Lengkuas Ubat Kurap

- Ambil sebuku lengkuas dan bersihkan dan ditumbuk halus.
- Campurkan dengan asam jawa dan gaulkan sehingga sebati.
- Sapukan campuran tersebut pada kurap dan sapu sekali sehari.

6. Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan

- Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

7 Resdung

- Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

8 Kunyit mengurangkan rabun mata

- Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

9 Perut masuk angin

- Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

10 Perut Memulas

- Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

11 Telinga bernanah

- Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telinga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

12 Rambut Ubat Kaki Pecah

- Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

13 Jerawat

a. Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.

b. Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.

14 Rambut beruban

- Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

15 Melebatkan tumbuh rambut

-Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.

Khamis, 13 Mei 2010

SAJA SAJA.....Luahan Hati Orang Fasik....

Prolog – Untuk Orang Fasik
Berserah Saja
Nukilan WAHYU … wahyu_bh@yahoo.com

MANUSIA YANG FASIK

Manusia sibuk berpikir padahal dia hadir kedunia tanpa berpikir
Manusia sibuk bekerja padahal dia hadir kedunia tanpa usaha sedikitpun
Manusia sibuk mengatur padahal turun ke dunia bukan keputusannya
Manusia sibuk berencana padahal turun ke dunia bukan rencananya

Apakah dia tidak sadar bahwa kehadirannya ke dunia hanya untuk suatu pengakuan
Apakah dia tidak ingat akan perjanjiannya sebelum dia akan dilahirkan
Apakah dia tidak ingat Bapak Adam ke dunia hanya untuk tobat
Apakah dia tidak ingat para utusan diutus untuk mengatakan tidak ada yang lain,selain Dia

Apakah dia tidak belajar bahwa jalan keluar adalah penyerahan
Apakah dia tidak belajar dari Bapak Nuh yang berserah atas kaumnya
Bapak Yunus berserah atas pelariannya
Bapak Sulaiman berserah atas kekayaannya

5 indera adalah cobaan besar
Akal adalah cobaan besar
Hawa nafsu adalah cobaan besar

Ujian itu hanyalah pengakuan akan Zat yang berpikir
Ujian itu hanyalah pengakuan akan Zat yang bekerja
Ujian itu hanyalah pengakuan akan zat yang mengatur
Ujian itu hanyalah pengakuan akan zat yang merencanakan

Apakah perlu mengatur kalau Zat itu Maha Pengatur
Apakah perlu berpikir kalau Zat itu Maha Mengawasi
Apakah perlu bekerja kalau Zat itu Maha Menggerakkan
Apakah perlu merencanakan kalau Zat itu Maha Merencanakan
Begitu manis bibirmu mengatakan bahwa Dia adalah Maha Segalanya
Namun kau libatkan Dia hanya untuk memenuhi 5 inderamu, akalmu, dan nafsumu

Istirahatkan inderamu, istirahatkan akalmu, istirahatkan nafsumu
Istirahatkan, istirahatkan, istirahatkan
Serahkan, serahkan, serahkan
Seperti yang kau katakan Maha berarti Hanya Dia...
Hanya Dia ...Hanya Dia ...Hanya Dia...

Film kehidupan telah selesai dibuat
Sang Sutradara dan makhluk terdahulu menyaksikannya

Saat Makhluk terdahulu bertanya:

"Apakah Engkau Yakin akan menghidupkan lakon ini, dimana pemainnya
akan saling berbunuhan"
"Sang Sutradara mengatakan, Aku lebih mengetahui daripada kamu"

Tidak ada yang berubah tentang kejadian2
Tidak ada yang berubah tentang benda-benda
Tidak ada yang berubah tentang wujud2
Tidak ada yang berubah tentang nasib2

Yang dapat dirubah adalah:
Hati yang ingat, hati yang berserah, hati yang bertobat
Hati yang merendah,hati merasa kecil
Hati yang sadar bahwa dia disusun dari ketiadaan
Hati yang sadar bahwa yang dia dapatkan hari ini karena belas kasihan
Hati yang sadar bahwa dia akan dikembalikan kepada Penciptanya
…...mengapa terlalu rumit berpikir, bertindak, merencanakan sesuatu yang
telah dibuat.

Berpikir, bertindak, dan rencanakanlah karena berserah, bukan karena
napsumu, ambisimu, uang, popularitas.

Berserah berarti engkau ber-akad...
Engkau bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa

Hatimu adalah sebuah tempat yang tidak dapat dibatasi oleh ruang
Hatimu adalah sebuah tempat yang tidak dapat dibatasi oleh kekuasaan
Hatimu adalah sebuah tempat yang tidak dapat dibatasi oleh waktu
Hatimu adalah sebuah tempat yang tidak dapat dibatasi oleh jarak

Hatimu satu-satunya tempat yang bergerak melebihi cahaya
Hatimu satu-satunya tempat dimana hukum relativitas dapat dibuktikan
Hatimu satu-satunya tempat dimana engkau bercakap dengan penciptamu
Hatimu satu-satunya tempat dimana ruhNya bersemayam saat ditiupkan
Hatimu satu-satunya tempat dimana engkau dapat menggapai penciptamu.

Lihat..dengar. ..raba..cium dengan hatimu...... .
Lihat...dengar. .raba..cium dengan hatimu melalui sholat, zikir dan doamu
Lihat...dengar ..raba...cium dengan sholat, zikir dan doamu....... .
Lihat..dengar. ..raba... cium...Zat yang Mempersaksikan semua ini...


Fakir – waduh indahnya fikir fikirkanlah wahai taulan………..ingat yang dikatakan HATI itu barangkali bukanlah seketul daging didalam dada kita.

PERKASANEWS .....DARI BLOG PERKASA UTK RENUNGAN MELAYU

MEB tidak mesra MELAYU dan 1 Malaysia hanya retorik yang sekali lagi bertujuan untuk terus melemahkan BANGSA MELAYU!!!

Fakta menunjukkan pendapat seisi rumah bagi rakyat Malaysia ialah RM3000/bulan..mengapa kiraan purata ini melibatkan seluruh rakyat samada YANG BERPENDAPATAN TINGGI, SEDERHANA dan RENDAH??

Bila dikatakan rakyat, kerajaan WAJIB memberi perhatian pada golongan SEDERHANA terutamanya RENDAH dan MASIH MISKIN yang pendapatan keluarga mereka tidak pernah mencakupi nilai RM3000!!!

Untuk makluman, saya berada dalam kelompok golongan yang berpendapatan sederhana dan masih mengharapkan ISTERI untuk bekerja bagi membantu ekonomi keluarga dan pendapatan kami bersama tidak pernah mencapai angka RM3000 sebagai seorang kerani..biarpun terpaksa berkorban masa serta jauh dari tanggungjawab sebagai AYAH dan IBU kami DIPAKSA dan bukannya TERPAKSA untuk terus bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga termasuk seorang anak yang masih menyusu dan seorang lagi yang akan bersekolah tahun hadapan..

Itu contoh untuk golongan seperti SAYA, bagaimana pula dengan GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH dan MISKIN???

Adakah mereka mampu untuk meneruskan kehidupan sebagai RAKYAT MALAYSIA tanpa perlu meminjam AH LONG, CETI dan akhirnya bila terlalu didesak mereka sanggup melakukan jenayah bagi mendapatkan sejumlah wang untuk keluarga..mana perhatian PM untuk golongan ini??

Peluang pekerjaan yang berlambak tidak pernah sampai kepada golongan SASAR kerana hanya diberi untuk mereka yang berada di bandar dan mereka yang berani behijrah untuk meningkatkan pendapatan atau bagi membantu keluarga..pekerja sewasta yang berpendapatan SEDERHANA dan RENDAH tidak pernah diberi perhatian oleh KERAJAAN, kalau ada hanya setelah TUNTUTAN dan GESAAN dilakukan oleh NTUC…

Balik-balik PENJAWAT AWAM yang difokuskan malah terus mendapat REAKSI SERTA MERTA dari KERAJAAN..kami yang makan GAJI dari TOKEY-TOKEY CINA masih di takuk lama tanpa mendapat PEMBELAAN DARI KERAJAAN yang BERTUANKAN MELAYU..KONONNYA!!!

Hanya pada PERKASA tempat saya meluahkan semua ini setelah berpuluh-puluh KOMEN dan CADANGAN ditujukan pada BLOG-BLOG UMNO dan FB PM sendiri..

Pada hemat saya, kerajaan MELAYU yang ada sekarang begitu TAKUT dengan pengaruh BANGSA-BANGSA ASING ( CINA & INDIA ) ini hingga sanggup membelakangkan DILEMA MELAYU demi untuk terus berkuasa!!!

Apa yang JELAS sekarang PELAMPAU MELAYU YANG PERNAH TAMPIL SEPERTI TUN ABDUL RAZAK, TAN SRI SYED JAAFAR ALBAR, DATUK HARUN IDRIS dan yang masih tetap meneruskan PERJUANGAN MELAYU sehingga kini DATO’ PADUKA IBRAHIM ALI adalah PEJUANG MELAYU TULIN yang masih menunggu PAWARIS bagi meneruskan kesinambungan dan IDEALOGI MEREKA UNTUK BANGSA MELAYU..walau MEREKA ini pernah ingkar pada PARTI tapi mereka TIDAK PERNAH MENGHINA ISLAM apalagi DERHAKA PADA RAJA-RAJA MELAYU…

Lihat saja pengaruh BANGSA CINA & INDIA untuk melihat MELAYU HANCUR, MEREKA YANG MERANCANG tapi ORANG-ORANG MELAYU YANG BUAT…PEMIMPIN YANG TAKSUB UNTUK MELIHAT KERAJAAN JATUH TERANG-TERANGAN MENYOKONG sementara PEMIMPIN YANG TAKSUB DENGAN KUASA KERUSI EMPUK TERUS SENYAP dan TAKUT…TAKUT JIKA DIGELAR ULTRA-MELAYU!!!

UNTUK PERKASA…tolong beri perhatian untuk golongan MELAYU seperti saya yang berpendapatan SEDERHANA dan RENDAH, PANJANGKAN MASALAH KAMI UNTUK TONTONAN KERAJAAN YANG TIDAK PRO-MELAYU!!!

Apa guna MODUL baru jika MELAYU ditinggalkan jauh kebelakang untuk terus BERSAING dan MENDAPATKAN HAK EKONOMI serta KEKAYAAN YANG NAMPAK-NAMPAKNYA MASIH TIDAK DIAGIH DENGAN BAIK UNTUK BANGSA MELAYU ( KESULURUHANNYA ) BAGI MENJAMIN KEHIDUPAN BEKELUARGA YANG LEBIH BAIK DARI ZAMAN TUNKU dan TUN ABDUL RAZAK…MELAYU MASIH MELUKUT DI BUMI MELAYU!!!

Adakah artikel ceritakan nasib pribumi ini RASIS ?
Gemasindah bertanya.

Rabu, 12 Mei 2010

UBAT KENCING MANIS

UBAT KENCING MANIS

Saya terjumpa iklan ini di blog yang saya baca. Jadi saya salinkan dalam blog ini kalau kalaulah ada sdra kita yang ada masalah kencing manis nak cuba. Saya tak tahulah sama ada apa yang diwar-warkan oleh Puan Marina ini berkesan atau tidak……saya tak kenal pun dia.

Terbukti berkesan menyembuhkan lebih 30 penyakit terutama kencing manis dan darah tinggi, ubat herba tunjuk langit atau popular dengan gelaran buah Suharto, boleh didapati dengan harga istimewa @ hanya 80 sen sebiji.
Selain kencing manis dan darah tinggi, ubat herba tunjuk langit juga boleh mengubati masalah jantung, strok, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, migrain, asma, resdung(sinus), gout, alahan pernafasan, alahan kulit, buasir, saluran darah tersumbat, melambatkan penuaan, kanser dan menguatkan tenaga BATIN.
Sangat mudah untuk dimakan, 1 biji pagi selepas sarapan dan 1 biji sebelum tidur dan sila minum lebih air masak, untuk tempahan sila email Puan Marina @ skyfruit2020@yahoo.com.

Selasa, 11 Mei 2010

PENYAKIT KRONIK ZAMAN MODEN...............

PENYAKIT KRONIK ZAMAN MODEN………………

Pada entri kali ini saya akan membicarakan apa yang disebut sebagai Penyakit Kronik Zaman Moden.

Oleh kerana saya bukan saorang doktor atau saintis perubatan bahasa dan cara yang digunakan pun cara orang biasa..tiada jargon perubatan dan huraian saintifik.

Pertama apa yang dimaksudkan dengan penyakit kronik ?
Kedua apa yang kronik ?
Ketiga siapa yang menggelarkan penyakit2 itu sebagai kronik ?
Keempat kenapa disebut sebagai penyakit zaman moden…dulu tidak adakah penyakit penyakit itu ?

Kronik mengikut kamus ertinya berpanjangan atau sentiasa ada atau berlaku sepanjang waktu. Bila dikaitkan dengan penyakit ianya merujuk kepada penyakit yang sentiasa ada atau berpanjangan.

Maksudnya penyakit penyakit itu tidak boleh disembuhkan atau belum ditemui ubat yang boleh menyembuhkan. Barangkali ianya hanya dapat dikawal. Sehubungan dengan itu , oleh kerana penyakit itu sentiasa ada didalam tubuh pesakit ianya boleh menjadi sebab atau punca kematian.

Yang menggelarkan penyakit penyakit itu sebagai kronik ialah golongan professional perubatan. Yang dirujuk sebagai kronik ialah sifat sifat penyakit itu yang sukar untuk disembuhkan.

Penyakit – penyakit itu dikaitkan dengan zaman moden kerana sebab musabab ianya berlaku yang berkaitan dengan cara kehidupan zaman moden. Di-Malaysia zaman moden dikaitkan dengan zaman yang ada bekalan air paip dan bekalan letrik.

Antara penyakit penyakit yang digolongkan dalam kategori Penyakit Kronik Zaman Moden ialah :-

1 Tekanan Darah Tinggi / High Blood Pressure
2 Stroke / Angin Ahmar
3 Kencing Manis / Diabetes
4 Sakit Jantung
5 Kanser
6 Aids

Punca utamanya ialah cara kehidupan yang kita amalkan. Selalunya ia dikaitkan dengan tekanan hidup atau stress , makanan yang kita makan dan juga pencemaran air serta udara.
Contohnya penyakit darah tinggi, sakit jantung dan stroke disebabkan oleh makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi. Kencing manis disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi didalam makanan yang kita ambil.

Manakala kanser pula disebabkan oleh “ disruption of DNA “ atau kecelaruan DNA . Kenapa DNA jadi celaru ? Hingga hari ini saintis perubatan masih lagi belum mendapat jawapan yang pasti.

Mengikut doktor penyakit darah tinggi dan kencing manis tidak dapat disembuhkan. Ianya hanya boleh dikawal dengan mengawal makanan dan mengambil ubat kimia. Pengambilan ubat kimia biasanya mendatang kesan sampingan. Contohnya ubat kencing manis akhirnya akan merosakkan buah pinggang pesakit kencing manis.

Namun sebagai orang Islam wajiblah kita bertauhid bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Hendaklah kita selalu meminta kepada Allah agar menyembuhkan penyakit kita dan menemukan bahan bahan yang boleh dijadikan ubat. Serulah Nama atau Asma’ Allah Yang Maha Menyembuhkan iaitu YA RASHID.

Maksudnya ialah kita tidaklah boleh bertumpu kepada satu cara pengubatan sahaja seperti mengambil ubat ubat hospital sahaja. Kita perlu juga mencuba apa yang dikatakan Perubatan Alternatif atau cara perubatan Homeopathy.

Bagi mereka yang masih sehat, perlulah kita sentiasa berdoa kepada Allah agar kita dihindari dari penyakit penyakit kronik itu.

Disamping itu perlulah juga kita menjaga makanan dan minuman kita kerana makanan dan minuman yang kita ambil banyak yang tercemar oleh bahan bahan yang mencemarkan menyebabkan darah kita jadi pekat yang menjadi punca kerosakan atau terjejasnya penggantian sel sel pelabagai organ badan.

Saya turunkan dibawah ini mengenai herba herba atau tumbuh2an yang diyakini boleh menyembuh atau mengurangkan sakit darah tinggi dan kencing manis. Cubalah kerana tiada apa apa yang rugi dalam mencoba.

Data data ini saya ambil dari buku buku yang dibaca. Adalah diharapkan butiran butiran ini dapat membantu saudara saudara kita yang kurang bernasib baik diluar sana.

Di-sertakan juga senarai beberapa penyakit dan senarai pokok atau herba yang boleh diguna untuk merawat penyakit penyakit itu. Nama pokok pokok / herba itu mungkin baru pada kita , tetapi kebanyakan pokok pokok herba itu selalu kita temui , kadang kadang kita pijak pijak. Umpamanya Ara Songsang, banyak dikebun sawit dan belakang rumah..kita sebut pokok ini sebagai Rumput Israel.


HERBA UNTUK MERAWAT DARAH TINGGI & KENCING MANIS

Bil Herba Huraian ( Untuk Penyakit Kronik Shj )

1 Bawang Putih Boleh menurunkan tekanan darah dan menahan dari terkena kencing manis
2 Belimbing Tanah Rebus seluruh pokok digunakan minum 3x sehari untuk mengubati kencing manis dan darah tinggi. Buahnya boleh dimakan mentah. Buah dari jenis hitam boleh mengubati penyakit darah tinggi.
3 Pucuk Betik Boleh menurunkan tekanan darah tinggi
4 Cina Maki Daunnya direbus dan airnya diminum untuk mengubati sembelit, darah tinggi dan kencing manis
5 Dukung Anak Pokok jenis hijau menjadi pilihan perubatan. Air rebusan pokok diguna untuk menurunkan tekanan darah. Rebus pokok bersama susu kambing untuk mengubati sakit kuning. Boleh mengubati kencing manis jika diminum secara berterusan selama 2-3 bulan. Penggunaan berlebihan boleh menyebabkan lemah syahwat.
6 Halia Rizom halia dicampur dengan bawang putih dan gingko biloba boleh merawat darah tinggi
7 Hempedu Bumi Air rebusan diminum utk kurangkan tekanan darah tinggi. Untuk pengubatan kencing manis rebus bersama misai kucing
8 KANCING BAJU Untuk kencing manis – rebus akarnya bersama hempedu bumi, putik limau. Untuk darah tinggi semua bahagian pokok diracik,keringkan buat the dan diminum ketika suam.
9 Kantan Air rebusan buahnya boleh diminum untuk mengubati kencing manis & darah tinggi
10 Kemunting Cina Batang, daun dan akarnya digunakan untuk mengubati kencing manis & darah tinggi. Penggunaan secara berlebihan boleh meracun jantung.
11 Mempelas Akarnya direbus dan airnya diminum untuk turunkan tekanan darah tinggi
12 Misai Kucing Rebus pokok ini dengan hempedu bumi – untuk rawat kencing manis. Ambil 2-3 helai daun rendam dalam air panis , bila dah suam minum utk rawat darah tinggi.








HERBA UNTUK LAIN LAIN PENYAKIT

Bil Penyakit Herba

1 Batuk Sirih Melayu – ambil 2 helai daun sirih, sapukan madu lebah asli dan titiskan dengan air limau nipis, kunyak dan telan air serta daunnya. InsyaAllah sembuh

Kunyah akar ara songsang ( rumput israel ) bersama pinang

Makan buah lemba ( lombo ) bersama pinang

Minum perahan jus Sakat Ribu-Ribu


2 Bisa Tulang
Sakit Otot
Reumatism Lumatkan daun ara songsang & paku merak, sapu / gosokkan pada badan
Seluruh pokok ketumpang air direbus dan dimakan serta diminum airnya ( banyak tumbuh dalam pasu bunga )
Abu lalang yang dibakar elok untuk atasi sengal tulang
Selalu makan sayur Selderi
Pupuk bhgn yg sakit dengan daun Terung Meranti
3 Pedih Hati Daun & batang muda Ati-Ati menghilangkan pedih hati & membantu mencernakan makanan
4 Gigitan Lipan etc Pecah & tempelkan bawang putih
Sapukan getah batang pokok lelipan
5 Selesema Rebus akar bunga tahi ayam lalu dijadikan air mandian. Ramas daunnya sapu pada muka.
Minum air rebusan hempedu bumi
6 Demam Kuning Rebus dukung anak bersama susu kambing beri bayi minum
7 Kurap / Panau
Kudis Kikis kulit yang kena penyakit, ramas daun gelenggang besar + minyak tanah + kapur lalu gosokkan pada kulit yang sakit itu.
8 Ulser Mulut Lumatkan daun gelenggang besar dan sapukan pada bahagian yang luka itu
9 Sembelit Daun / pucuk gelenggang besar atau gelenggang kecil jadikan ulam atau sayur
Minum perahan jus Sakat Ribu- Ribu
10 Sakit Gigi
Barah Gusi Panaskan daun Lidah Jin ambil jusnya sapu pada gigi dan gusi
Hancurkan bunga Subang Nenek sapukan atau kunyah bunga
11 Sakit Telinga Titikkan jus dari daun mata pelanduk
Panaskan daun Lidah Jin, ambil jusnya dan titikkan kedalam telinga
Rambut Gugur Ramas daun Bunga Raya dalam air sapukan keseluruh kepala
Resdung Keringkan batang Bunga melur jadikan rokok
Ambil batang dan akar Mengkunyit dan hidu asapnya
Bakar akar Senduduk Putih hidu asapnya
Batu Karang Selalu minum air rebusan Misai kucing
Demam Panas Ramas daun resam sampai berbuih sapu seluruh badan
Keputihan
Wanita Rebus daun Senduduk + gula + halia + bonglai - minum
Buasir & Najis
berdarah Rebus seluruh pokok Ara Songsang Merah minum airnya
Demam Campak Ramas daun Bayam Berduri campur dengan air mandi
Peram buah cepat masak Peram buah bersama daun busuk busuk / jepun

KANSER PAYUDARA

Penyakit payudara akan membuatkan hati gemasindah pilu sepilu2nya.

Oleh itu diturunkan petua yang disampaikan oleh Prof Dr Isa Omar dari Damansara Specialist Center untuk panduan para wanita termasuk gadis gadis. Penyakit ini tidak mengenali usia.

Kaum wanita harus selalu waspada akan penyakit ini.
Kebarangkalian wanita diserang penyakit ini ialah 6/10 atau 60%

Pertamanya jangan selalu ikut hati yang risau / stress. Stress melemahkan dayatahan badan.

Kedua selalulah makan buah-buahan – kalau boleh setiap hari seperti pisang, betik dan nanas.

Ketiga kerapkan makan bahan makanan yang mengandungi Vitamin B17. Vitamin B 17 ialah zat yang Anti-kanser. Zat Vitamin B 17 ini tidak boleh dipisahkan dari bahan aslinya. Jadi belum dijadikan pil yang boleh dibeli dikedai.

Bahan bahan aslinya ialah : biji epal, biji apricot ( takda di m’sia ) rebung buluh mentah ( tidak dimasamkan ) biji cempedak , biji nangka dan buah gajus. Keladi tikus ( dari negara cina ) juga mengandungi vitamin B 17 yang tinngi, hancurkan, perah dan ambil jusnya, minum bersama madu lebah asli . ( gemasindah ada benihnya- senang dikembangkan )

Keempat kurangkan minum air masak ( air suam ) sebab kandungan klorin dan asid humik yang ada dalam air paip bila dididih ketahap 100 darjah selsius akan menjadi trikloromethane salah satu kimia penyebab kanser ( karsinogen )

Kalau ada duit eloklah beli Penapis Air Reverse Osmosis. Ianya bukan sahaja menapis semua bakteria yang ada tetapi juga lain lain bahan tercemar seperti buangan petrolium ( minyak hitam kereta ) racun rumpai , ion ion klorin dll.

Penapis RO ialah buah pinggang ketiga diluar badan untuk kesehatan dan kebaikan seisi keluarga.

Kelima, kurangkanlah makan makanan berasid. Imbangkan makanan asidik dengan makanan alkali ( contoh kuning telur = asid, putih telur = alkali ). Kalau ada duit eloklah makan rumpai laut ( spirulina ) sekali sekala.

Keenam, jika payudara anda bengkak ( ada ketulan ) cepat cepatlah jumpa doktor ..jangan sekali-kali berlengah …cuba berubat kampong dan sebagainya. Kalau doktor setelah melakukan biopsy ( bedah ambil sample nak cek ada tak sel kanser ) mengesahkan ada sel kanser…janganlah panik…ingat Allah buatlah masectomy ( buang buah dada ) …tak usah fikir fikir lagi…tak apalah takda satu buah dada asalkan nyawa selamat…suami dan anak anak perlukan cik puan.

Sel kanser merebak dengan cepat …sungguh cepat…kalau tak dibedah…tak lama ..merebak ke peringkat dua dan tiga. Selepas bedah kalau ada 0.5% tertinggal ..ia akan merebak ketahap 100% dalam masa 2-3 bulan…kemudian masuk ke paru paru menyebabkan pneumonia atau paru paru berair..

Ini menyebabkan kematian.

Lagi petua untuk mengelak dari Penyakit Kanser
Dipetik dari blog rileks info.
Petua Mengelakkan Barah

Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.

Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
Dapatkan omega – 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
Sekali lagi ingatan saya INGAT SEBELUM KENA….BERHATI-HATILAH

Sekian, entri kali ini dan……………

SALAM TAKZIM
OMAR ABDULLAH.

Rabu, 14 April 2010

RAGAM KEHIDUPAN....cerita cerita

RAGAM KEHIDUPAN….yang hendak kudengar

CERITA SATU

Saorang abang ingin meminjam duit dari adik perempuannya. Bila siadik bertanya apa masalah siabang hingga perlu wang sebanyak itu siabang jadi marah dan mengherdiknya …

“apolak kau nak tau ….den rotilah ( tahulah ) nak guno duit tu “..

Yang sebenarnya abang takut nak beritahu adiknya yang dia nak bayar hutang kepada along . Siadik enggan bagi pinjam ..lagipun dia sibuk buat persiapan nak ke-Mekah tunaikan Rukun Haji.

Apabila balik dari Mekah siabang telefon lagi..Si-adik bersetuju nak bagi pinjam…bila siadik setuju ..bukan menerima terimakasih..kena tengking lagi…

“tulah kau ..kok dulu ..sobolum poi mokah bagi den duit tu dah langsailah hutang den kek along tu….

Siabang tak sedar tembelangnya dah pecah….
Tak tahulah gemasindah jadi ke siadik bagi pinjam …tulah deh roman ee abang yg goma bojudi hinggo pinjam duit kek along.

Gemasindah…cam mano susah pun tak usahlah pinjam duit dari along ..buruk padahnya. Dan tak usahlah dekatkan diri pada judi. Lum ado org bojudi kayo doh.

CERITA DUA

Saorang adik menceritakan kepada kakaknya tentang keuntungan menjalankan perniagaan sewa bot laju kepada pelancong di Penang. Katanya kalau musim pelancong Arab, sebulan boleh dapat RM 25,000.00.

Siadik nak pinjam RM 20,000.00 untuk beli bot berkenaan. Sikakak bersetuju beri pinjaman asalkan siadik beri 30% share dalam perniagaan itu.

Siadik melenting dengan berkata “ kau ni busuk hatilah…kan banyak den nak pinjam 20 ribu yo…dah tu nak syer 30 % pulak. Bori yo tak bulih ko ?

Sikakak jadi bengang ..dan enggan beri pinjaman kerana tahu akan jadi kes pinjam puntung api . Siapa yang berhati busuk …kakak atau adik ?

Gemasindah …kok ado sinnggit ( RM 1 ) apalah salahnya bagi kakak yang jadi pemodal tu 30 sen …okap yg tak kono tompek ..langsung tak dapek apo…

CERITA TIGA

Siabang berunding dengan adik lelakinya tentang hal harta keluarga. Akhirnya siadik bersetuju. Sudah tiga bulan apa yang telah dipersetujui tidak juga dilaksanakan oleh siadik. Siabang pergi cari siadik dan bertanya kenapa siadik tidak lakukan apa yang telah dipersetujui …siadik kata kau ni pembohonglah bang bilo pulak den setuju …

Mereka berunding lagi …dan akhirnya adik bersetuju..siabang tulis dikertas tentang apa yang telah dipersetujui itu…minta siadik tandatangan ..siap dengan tulis tarikh dan waktunya sekali. Sekali lagi siabang menunggu hingga dua bulan. Pergi lagi jumpa siadik…sekali lagi adik tak mengaku yang dia dah setuju…

Siabang tunjukkan kertas yang siadik tandatangan tu …bro tahu tak apa jawapan siadik…..

“ Yolah bang dulu tu den setuju ..tapi sokarang den dah tak sotuju doh….”

Abang jadi bengang terus balik…dan melupakan segala budi baik adiknya.

Gemasindah…..orang macam siadik inilah yang di gelar MOLAUN.

CERITA DIDIKAN SUAMI ISTERI…..

Sisuami saorang ADO sangat mengasihi isterinya yang teramatlah jelita…..
Siisteri pula tak suka diganggu gugat rumahtangganya oleh keluarga suaminya. Baru tiga bulan kahwin mak mertuanya datang nak tinggal dirumah anaknya dalam dua tiga hari…..siisteri suruh mak mertuanya tinggal dibilik orang gaji…bilik orang gaji tu pulak ..bilik airnya ..tak berair…maka kenalah mak mertua…mandi dibilik air kamar tetamu…

Maka melentinglah siisteri yang cantik jelita itu….yang bestnya siisteri tunjuk handal sebaik sahaja suaminya ADO tu balik…tuduh emak suaminya orang kampong pengotor yang tak tahu jaga kebersihan…dah tu tuduh pula emak mertuanya mencuri baju singlitnya …Sisuami diam tak berdetik ibunya dimarah oleh isteri yang cantik jelita itu…..

Siemak yang sedih ..minta abang ADO tu ambilnya dan bawa balik kekampong.

Siabang bertanya siadik ..” Bilo bini kau tongking omak kau kek mano dik ? “
Ado ..jawab adik. Tanya siabang ..dah tau bini kau kurang ajar kek omak konapo kau tak nasehatkan dio dan suruh mintak ampun kek omak ?

Siadik jadi bengang dengan pertanyaan abangnya itu…Dia menjawab.

Hei abang nabi Adam tak dapek boto’kan ( betulkan ) Siti Hawo …kau suruh den pulak moto’aan ( betulkan ) bini den ..kau pooi bolaja agama laii..lah bang.

Siabang terus bawa emaknya balik kampong..tanpa mahu berkelahi dengan adiknya yang sangat pandai ilmu agama itu.

Gemasindah……ramai yo lolaki camni….sobona ee lolaki yg berbini cantik solalu sakit jiwa…jadi keneneng macam ADO diatas. ( Cerita tu cerita benar bukan rekaan gi )

ORANG TANAM SEMULA GETAH …ORANG OTAK BERKARAT

Baru-baru ni tanah pinggir Londah ditanam semula. Pembeli kayu getah menawarkan harga RM 7 ribu saekar. Satu lot pinggir 3 ekar dapatlah RM 21 ribu. Lumayan juga. Tanam semula pula dikelola oleh RISDA melalui RTB.

Ada saorang pegawai tinggi kerajaan berasal dari Londah melarang emaknya tanam semula getah tersebut dan jual kayu getahnya, dengan alasan tak nak emaknya berhutang dengan RISDA.

Dia beritahu emaknya biarlah kulit pokok getah tu tumbuh semula, bila dah tumbuh nanti ..boleh ditoreh semula dan susu getah akan lebih banyak. Emaknya tanya …kenapa orang lain tak tunggu kulit getah tumbuh…semuanya nak tanam semula…Sianak jawab…orang tu otak ee dah bokarat mak.

Sampai hari ini kebun getah siibu tak bertanam semula. Kebun tu ada dekat projek halacara baru Kg Londah.

Otak siapa yang berkarat…orang ramai ke atau otak Pegawai Tinggi tu ?
Pegawai yo yang tinggi otak pogawai tu osah rondah ee….

JAMILAH JADI JAMIL

Saorang sahabat gemasindah yang kerja malam..pagi pagi esoknya berhajat nak pergi hantar kawan dia ke Tampin naik motosikal. Katanya nak hantar kawan kepejabat EPF nak keluarkan duit.

Gemasindah nasihatkan dia supaya tidur dahulu ..kerana bahaya naik motosikal kalau mengantuk. Dia kata tak boleh batal & tangguh bang sebab dah janji dengan Jamil.

Bila bertemu esok harinya , gemasindah tanya dia ..apo macm dah solosai ko hal Jamilah nak keluarkan epfnya tu ? Kawan gemasindah tu malu tersipu-sipu. Cam mano abang tahu ese bawak jando tu bojalan ..tanya dia…

Gemasindah…jawab …pertama mana ada pejabat EPF kek Tampin…Pejabat EPF kek Bahau…kedua kalau bukan kerana perempuan lebih lebih lagi janda takda lelaki yang nak bunuh diri doh…sampai tak tidur seminggu pun takpa.

Sampai hari ini kawan gemasindah tu jadi malu….memang sah yang dibawanya berjalan itu ialah saorang janda berhias bernama Jamilah…jadi.. hati dia sebut Jamilah ..mulut sebut Jamil…terra yo sahabat tu

Gemasindah…kok nak jadi pembohong ..belajarlah jadi pembohong…biar bohong tu nampak bohong yang cerdik…iaitu munasabahlah…

KOMEN & NASIHAT Gemasindah…..

Orang nak meminjam jadi pihak yang benar selalu..siberi pinjam selalu disalahkan…itu bila nak minjam ..bila nak bayar hutang …lagi salah orang yang beri pinjam…

Nasihat gemasindah….biar gaduh dulu asalkan tak gaduh kemudian. Dalam bab pinjam meminjam kurang sangat yang patuh pada janji.

Pegawai tinggi tu buat bohong pada emaknya kerana nak tutup pembohongan yang terdahulu..bahawa tanah pinggir itu dipindah kepada namanya bukan nama emak yang bertahun2 menyangka tanah pinggir tu dia yang punya.

Jumaat, 9 April 2010

SISTEM KERETAPI .. Dilema KTMB & Cadangan Penyelesaian

SISTEM KERETAPI….
Sambungan dari entri terdahulu……Bahagian 2 dari 3 bahagian.


PEMBELIAN LOKOMOTIF BLUE TIGER MERUPAKAN KESILAPAN TEKNIKAL KTMB - PEMBELIAN LOKOMOTIF CINA DARI DALIAN LOCOMOTIVES WORKS KESILAPAN SIAPA ?

Dalam waktu pembinaan landasan berkembar elektrikal sedang giat dijalankan pihak kerajaan / KTMB telah membuat keputusan yang silap dan membazir wang rakyat dengan membeli 40 unit lokomotif Disel Elektrik.

Adakah perlu dibeli lagi Diesel Electric Locomotives dalam jumlah yang besar sedangkan apa yang perlu dilakukan ialah to phase out lokomotif disel letrik sedia ada ? Yang perlu dibeli sepatutnya ialah ACL atau Lokomotif Elektrik sepenuhnya ! Kalaulah sekiranya kekurangan lokomotif sedia ada amat mendesak , langkah bijak ialah menyewa lokomotif disel elektrik dari India yang terbukti baik itu. Kenapa kerajaan membeli 20 Blue Tiger ( BT ) dan 20 lokomotif dari negara Cina ?

Pembelian lokomotif BT adalah kesilapan teknikal paling besar dan paling tidak professional kerajaan. Saya sebut kerajaan kerana menurut sumber , pihak KTMB tidak pernah meminta kerajaan membeli lokomotif tersebut. Kesalahan pengurusan tertinggi KTMB barangkali ialah tidak membantah pembelian tersebut. Apa nak bantah –sudahpun dibeli oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Kenapa pembelian lokomotif BT itu dikatakan kesilapan teknikal terbesar / big technical blunders ? . Dari segi teknikalnya BT yang memilikki long axle base yang panjang dan beratan 120 tan tidak boleh diguna pakai langsung di KTMB tanpa mendatangkan masalah teknikal kepada rel atau landasan.

Rel KTMB sedia ada adalah rel 80 pounds yang boleh menerima beratan maksima lokomotif sebanyak 60-80 tan sahaja. BT boleh digunakan sepenuhnya sekiranya keseluruhan landasan KTMB terdiri dari rel 120 lbs.

Long Wheel Base Locomotives akan membuka gauge landasan terutamanya di bahagian corners.( landasan bengkok ). Itulah sebabnya sejak KTMB menggunapakai BT kes kegelinciran akibat gauge terbuka dan rel retak dan patah telah meningkat secara mendadak.

Jikalah benar dakwaan bahawa pihak KTMB tidak pernah meminta untuk dibelikan BT..siapakah SMART ALEX di pihak kerajaan khususnya di Kementerian Pengangkutan yang membuat keputusan bodoh dan gila ini ? Kesemua BT & Lokomotif Dalian dibeli ketika DS Ling Liong Sik menjadi Menteri Pengangkutan Malaysia. Jika dakwaan ini benar maka terpulanglah kepada kerajaan untuk membuat penyiasatan.

Pembelian 20 unit Lokomotif Dalian ( LD ) dibuat oleh kerajaan secara barter trade. Yang peliknya walaupun Dalian membina lokomotif tersebut mengikut spesifikasi KTMB, kesemua lokomotif itu tidak boleh digunakan langsung sebaik saja dikomissionkan. Dalam perkara ini kita berasa pelik ….. apakah yang dibuat oleh jurutera penyelia KTMB yang dihantar kekilang Dalian untuk buat inspection.

Dengar khabar kerosakan awal itu telahpun dibaikki dan kesemua 20 lokomotif telah boleh digunapakai, tetapi dengarnya KTMB menghadapi masalah dalam mendapatkan alatganti.

KTMB SEKARANG INI KEKURANGAN JURUTERA & TENAGA TEKNIKAL BERPENGALAMAN DAN BERWIBAWA

Semasa PUTRA LRT mula dilancarkan, ramai jurutera sivil & mekanikal meninggalkan KTMB untuk berkhidmat dengan PUTRA kerana tawaran gaji dn kemudahan yang lebih bik. Kebanyakan jurutera ini merupakan jurutera yang berpengalaman. KTMB terpaksa mengambil jurutera baru dan menghantar beberapa juruteknik ( TA ) untuk melanjutkan pelajaran diperingkat BSc ke luarnegara.

Begitu juga halnya KTMB kehilangan kakitangan teknikal diperingkat bawah seperti fitter yang ramai telah bersara. Sepatutnya beberapa fitter yang baik digaji secara kontrak untuk melatih fitter / chargeman yang baru.

SISTEM PENGURUSAN KTMB BERTUKAR – TUKAR MENGIKUT PERTUKARAN ORANG NO 1

Adalah malang bagi KTMB kerana style pengurusan bertukar dan berubah mengikut CEO baru yang menerajui KTMB. Sejak kerajaan mengambil aleh semula KTMB daripada Renong hingga hari ini, sudah ada 3 CEO. Setiap CEO memperkenalkan cara pengurusan sendiri. Akibat tiada kontinuiti ini kecelaruan timbul diperingkat kakitangan bawahan. Dua CEO terdahulu adalah orang dalaman KTMB sendiri. CEO sekarang dibawa masuk dari ERL.

Perubahan stail pengurusan yang mendadak yang dilakukan oleh Renong, ialah perubahan dari decentralization kepada pengurusan cara region / wilayah. Kemudian pengurusan cara wilayah dipinda sekali lagi kepada full centralization dengan pengwujudan unit pengurusan strategik diperingkat ibu pejabat.

Pembasmian pengurusan diperingkat daerah pada pandangan saya, membawa kepada kesan kekurangan kawalselia yang membawa kepada ketidakcekapan dan pembaziran aset. Ini merugikan. Saya rasa KTMB perlu kembali kepada pengwujudan semula pengurusan peringkat daerah seperti sebelumnya. Ini adalah kerana mutu kakitangan kita tidak serupa dengan dinegara lain. Roda KTMB berpusing setiap detik selama 24 jam sehari ,365 hari setahun tanpa berhenti. Penyeliaan kakitangan yang berterusan adalah cara pengurusan yang lebih sesuai.

Sementara itu perlantikan jurutera sebagai pentadbir adalah amat merugikan. Ini adalah pembaziran aset yang jelas. Begitu juga amalan selalu menukarkan pegawai pegawai peringkat tinggi dari jabatan kejabatan yang sangat kerap. Contohnya ada pegawai tinggi KTMB berkelulusan Master Degree sudah tiga kali menjawat jawatan Pengurus Besar Keselamatan dan Pengurus Besar Sumber Manusia sedangkan pegawai itu merupakan pegawai yang banyak pengalaman dalam pengurusan operasi teren.

Bersambung…………
Bahagian 3…..Pilihan KTMB & Pilihan Kerajaan ???
Rencana & pandangan peribadi Omar Abdullah –ex railwayman

Bahagian terakhir…….


PILIHAN KTMB UNTUK SELESAIKAN MASALAH
GET TUNED TO MODERNIZATION

Era Pemodenan sudah bermula di-KTMB dengan pembinaan landasan berkembar seluruh sistem dan peralihan gunatenaga dari Diesel Electric kepada Fully Electrical. Dalam penjanaan tenaga letrik tiada apa yang perlu dirisaukan kerana bekalan tenaga letrik diperolehi dari TNB secara terus. Setakat hari ini pihak KTMB tiada menghadapi masalah besar dalam menyelenggara sistem elektrifikasinya.

Yang menjadi masalah utama ialah penyelengaraan sistem elektrik rolling stocks seperti yang dialami dalam menyelenggara EMU sedia ada. Dengan perolehan EMU & DMU baru sudah pasti KTMB akan menghadapi banyak cabaran.

Tiada jalan lain selain daripada melatih kakitangan sedia ada supaya menjadi professional . Pihak KTMB perlulah memasukkan keperluan ini dalam perjanjian pembelian rolling stocks dan seterusnya memperbaikki sistem latihan berterusan dalaman KTMB sendiri apatah lagi Pusat Latihan Baru telahpun siap di Batu Gajah.

Kakitangan yang dipilih dan dilantik sebagai pensyarah mestilah betul betul mahir dan berpengalamn dalam bidang masing-masing . Tidaklah lagi boleh sistem tangkapmuat diteruskan atau pusat latihan dijadikan cold room kakitangan yang tidak disukai atau yang lemah.

Perlu juga difikirkan membawa pensyarah luar terutama dari manufacturer untuk melatih tenaga pengajar Pusat Latihan KTMB. Latihan untuk menghadapi cabaran baru perlulah dimulakan dari sekarang. Adalah tidak bijak tindakan melatih kakitangan dibuat apabila rolling stocks sampai.

DILEMA KTMB – LANDASAN DAH SIAP
ROLLING STOCKS MASIH BELUM DIBELI.

Dilema utama KTMB sekarang ialah, walaupun landasan baru berkembar keutara telah siap sepenuhnya dan telah dikomisionkan, pihak kerajaan masih lagi belum menyediakan peruntukan untuk membeli rolling stocks yang diperlukan. Kenapa begitu ?

1 Adakah disebabkan oleh kerajaan tidak mempunyai peruntukan memandangkan ekonomi negara masih belumpulih sepenuhnya ? atau

2 Kerajaan mempunyai rancangan tertentu berkaitan KTMB yang tidak memerlukan kerajaan membuat pelaburan. ?
PILIHAN MUNASABAH KERAJAAN BERKAITAN KTMB
UBAH PERANAN KTMB – SAPERTI PLUS

Saya lebih suka memilih yang kedua iaitu kerajaan tidak perlu lagi melabur dengan membeli rolling stocks baru untuk KTMB. Pelaburan dalam pembelian rolling stocks ini adalah tinggi. Serahkan kepada swasta untuk membuat pelaburan ini.

Pada hemat saya ada banyak kebaikan dan faedah jangka panjang sekiranya kerajaan merobah peranan KTMB bersesuaian dengan keadaan semasa.

Kerajaan perlu memikirkan untuk menjadikan KTMB sebagai pembekal dan penjaga prasarana sahaja manakala pelbagai perkhidmatan dibuka kepada pihak swasta . Jika ini dilaksanakan maka perana KTMB adalah serupa dengan peranan pemegang konsessi lebuhraya seperti PLUS dan lain lain.

SWASTAKAN PERKHIDMATAN TEREN PENUMPANG, KOMUTER & TEREN BARANG / FREIGHT

Saya sangat yakin bahawa ramai pelabur dalam dan luarnegara berminat dalam perkara ini saperti syarikat YTL Corporation , Nadicorp Bhd dan tokoh korporat TS Syed Mokhtar Al-Bukhari .

Sebagai contoh perkhidmatan teren antarabandar ( intercity express ) boleh disediakan oleh satu syarikat atau beberapa syarikat ( berdasarkan kajian teliti terlebih dahulu ) . Syarikat penyedia perkhidmatan inilah yang akan membeli set set EMU yang diperlukan. Dengan cara ini wang kerajaan boleh digunakan ke sektor lain.

Bagi perkhidmatan freight secara pukal seperti simen pada waktu ini kebanyakan gerabak BBC ( Bogie Bulk Cement ) disediakan oleh syarikat pengilang simen. Apa yang perlu dibeli lagi ialah DMU untuk menarik gerabak gerabak tersebut. Berdasarkan perkhidmatan KTMB sejak dahulu yang kurang memuaskan hati , saya rasa syarikat simen seperti CIMA, Tasek Cement dan APMC akan bersetuju jika kerajaan meminta mereka menguruskan teren barang mereka sendiri.

Walaubagaimana pun cadangan seperti ini memerlukan kajian terperinci untuk dilaksanakan.

SEKIRANYA PENSWASTAAN BUKAN PILIHAN……..

Sekiranya kerajaan berpendapat penswastaan belum lagi perlu, maka adalah sangat penting kerajaan menyediakan peruntukan kepada KTMB untuk membeli rolling stocks yang diperlukan. Adalah amat rugi menyelenggara landasan tanpa digunakan secara maksima.
DAPATKAN ROLLINGSTOCKS SECARA LEASING.

Menyewa rollingstocks secara pajakan dengan peruntukan khidmat penyelenggaraan dilakukan sendiri oleh pembekal adalah cara yang amat munasabah yang perlu difikirkan.

Pihah KTMB sendiri mempunyai pengalaman yang baik dalam kes menyewa lokomotif dari India.

Berdasarkan sistem yang sama pihak KTMB boleh menyewa EMU, DMU malah koc koc penumpang dari pembekal antarabangsa. Jika kos menjadi faktor utama, maka pembekal dari negara cina merupakan pilihan. KTMB tidaklah perlu menjadikan kes pembelian lokomotif Dalian sebagai kayuukur keupayaan negara cina. Ini adalah kerana keretapi negara cina adalah sistem keretapi terbesar dunia. Sistem keretapi cina merentasi zon zon pelbagai cuaca dan merupakan sistem pengangkutan massa yang populer dan teknologi negara tersebut telah diakui seluruh dunia.

Kaedah sewapajak + penyelenggaraan ini akan melegakan belanjawan negara dan KTMB sendiri. KTMB bolehlah bertumpu kepada memperbaikki perkhidmatan sektor lain khasnya penyelenggaraan landasan dan sistem elektrikal. Barangkali KTMB boleh memperbaikki lagi perniagaan courier dan pengiklanan atau pembangunan lain lain aset.

TINDAKAN SEGERA YANG PERLU DI-AMBIL

1 Keputusan segera berkaitan penswastaan perkhidmatan rel
2 Membeli atau sewa EMU / DMUS
3 Melantik kontraktor baikpuleh kedua
4 Manpower Trainings Modal Insan

TERUSKAN GAGASAN DR M BERKAITAN Pan ASIAN Railways
JADIKAN KTMB SEBAGAI R&D CENTER INDUSTRI KERETAPI NEGARA.

Pada hemat penulis keputusan Pak Lah membatal ( kemudiannya jadi penangguhan yang merugikan ) gagasan Dr Mahathir untuk mengwujudkan Pan Asian Railways – Johor Baru ke Kunming ( Cina ) adalah satu BLUNDER yang merugikan negara. Penulis faham kenapa hal ini menimbulkan kemarahan amat sangat Yang Berbahagia Tun. Penulis yang hanya saorang rakyat biasa pun jadi marah atas kesilapan ini.

Pada penulis cadangan Pan Asian Railways ini ( selepas ini dirujuk sebagai Gagasan Dr M / GDM ) adalah penutup kepada Grand Design Sistem Logistik Malaysia Dr M.


Step one….permodenan Pelabuhan Pasir Gudang disebelah timur,
Step two – penwujudan pelabuhan baru serba moden disebelah barat iaitu Pelabuhan Kontena Tanjung Pelepas,
Step three pembesaran dan permodenan Pelabuhan Kelang melalui projek Westport ,
Step 4 pengwujudan landasan berkembar & elektrikal KTMB,
Step 5 …Jambatan Bengkok,
Step 6 ..Pan Asian Railways.

Saingan Malaysia dalam industri logistik ialah Singapura. Port Singapore Authority menghadapi pelbagai masalah untuk terus berkembang. Jika halangan Tambak Johor dirobohkan , laluan laut Selat Tebrau akan menjadi laluan utama kapal kapal ke-Timur Jauh. Ini akan manjadikan kedua-dua Pelabuhan Tg Pelepas dan Pasir Gudang sebagai pelabuhan persinggahan utama.

Perjalanan darat melalui rel sudah pasti lebeh pendek waktunya berbanding pelayaran kapal. Pasaran negara cina akan menjadi pasaran utama dunia dalam dekad akan datang. Jadi perlulah Pan Asian Railways dilaksanakan segera.

Kenapakah Pak Lah batalkan jambatan bengkok ? Kenapa Pak lah batalkan projek landasan berkembar yang diberikan kepada Syed Mokhtar ?

Adalah tidak masuk akal Pak Lah tidak tahu akan GDM ini sebab ketika itu beliau ialah Timbalan Perdana Menteri ? Macam – macam spekulasi telah timbul antaranya ialah peranan Temasik Holding dan peranan Khairy Jamaludin. Pak Lah yang tahu dan dia sepatutnya berasa bersalah dan malu.

DS Najib mesti teruskan GDM….

GDM perlu diteruskan oleh pentadbiran DS Najib. Setakat hari ini tidak ada yang diketahui umum. Belum ada pengumuman pihak kerajaan.

Industri rel dunia merupakan perniagaan bernilai ribuan billion USD. Di-Malaysia “almost nil “. Malah hampir semua peralatan, kelengkapan dan alatganti KTMB sekarang ini diimpot sepenuhnya. Teknologi kita dalam membuat peralatan keretapi hampir tiada.

Yang demikian sudah sampai waktunya Malaysia mengorak langkah kearah ini. Barangkali inilah yang hendak dilakukan oleh Dr M melaui GDM. Dalam hal ini barangkali KTMD boleh dijadikan asas untuk industri R&D keretapi.

Sekian..untuk renungan.
Salam Takzim dari…Omar Abdullah ..ex railwaymen..once a railwaymen ..always a railwaymen.

Rabu, 7 April 2010

PAHITMANIS JADI AHLI PARLIMEN SEPENGGAL......

PAHITMANIS MENJADI MP SEPENGGAL
Sangat kurang yang manis….banyak yang pahit umpama hempedu.


Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana atas Kudrat & IradatNya jua pastinya saya berpeluang dapat menjadi Ahli Parlimen Tampin ( MPT ) pada tahun 1982 hingga 1986. Ianya menjadi sejarah unggul kehidupan saya sebagai hamba Allah yang fakir di-dunia fana ini.

Terimakasih juga kepada pemimpin tertentu UMNO NSDK ketika itu dan juga kepada Tun Dr Mahathir kerana memberi kepercayaan kepada saya meneruskan khidmatbakti Dato’ Mukhtar Hashim, MP sebelum saya.

Saya menjadi MPT berbekalkan satu surat / memo tulisan tangan Dr Mahathir Mohamad, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Bunyi memo Dr M seperti dibawah :

Tahniah sdra dipilih menjadi Calun BN Tampin. Tugas utama saudara ialah menyatupadukan semula orang melayu yang telah berpecah belah. Selamat melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Menjadi MPT dalam keadaan yang payah….

Keadaan politik diTampin ketika itu memang payah, rumit, bercelaru, emosional dan amat tegang. Maklumlah saorang ADUN / EXCO dari Gemenceh mati dibunuh. MPT ketika itu telah dibicarakan atas tuduhan membunuh , didapati bersalah dan dipenjarakan dan kerana itulah PRU Kecil perlu diadakan dan saya dipilih menjadi calun BN.

Orang Tampin , bukan sahaja dari kaum melayu tetapi juga dari semua kaum berpecah kepada sekurang-kurangnya 3 kumpulan.

Kumpulan pertama yang dominan ialah penyokong Dato’ Mukhtar..yang rata rata tidak percaya Dato’ Mukhtar membunuh Dato’ Taha walaupun mahkamah mendapati beliau bersalah. Mereka percaya Dato’ Mukhtar difitnah dan ada pemimpin tertentu NSDK menjadi dalangnya. Kumpulan ini merupakan kumpulan majoriti..robust, kasar dan berpegang kepada konsep …bujur lalu melintang patah…matlamat menghalalkan cara. Mereka ini terdiri dari orang Kota, Gemenceh dan ada juga penyokong dari gemas..tetapi kurang dari rompin.

Kumpulan kedua ialah penyokong Dato’ Taha, juga terdiri dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka sedih, pilu, marah dan geram. Mereka percaya akan tuduhan terhadap Dato’ Mukhtar dan orang orang kuatnya. Ramai daripada mereka terdiri dari orang gemenceh, gemas dan rompin. Ada juga beberapa orang rembau tapi tidak ramai.

Kumpulan ketiga ialah terdiri daripada orang yang berkecuali atau tak peduli termasuklah ahli ahli parti PAS.

Scenario politik Tampin ketika itu dirumitkan lagi oleh scenario politik UMNO NSDK yang berpecah kepada dua kumpulan . Yang dominan ialah kumpulan penyokong Dato’ Isa Samad. Kumpulan kedua ialah penyokong Dato’ Rais Yatim. Ketua UMNO Perhubungan NSDK ketika itu ialah Dato’ Rais manakala Dato’ Isa menjadi timbalan.

Scenario inilah yang membuatkan Dr M memilih saya agaknya menjadi calun BN. Alasannya barangkali adalah seperti berikut :-

1. Calun BN tidak boleh datang dari Rembau mahupun Gemenceh kerana sensitiviti ketika itu.
2. Calun BN perlulah sama-ada dari Gemas atau Rompin. ( ketika itu Parlimen Tampin ada 5 DUN – Kota ( Rembau ) Repah, Gemenceh , Gemas dan Rompin )
3. Calun BN mestilah orang berkecuali. Yang terbaik ialah orang yang tidak terlibat dalam pergolakan politik Tampin atau orang yang tidak tahu berkenaannya.

Berdasarkan kriteria itulah barangkali Dr M , memilih nama saya dari 18 nama yang dikemukakan oleh UMNO Bahagian Tampin yang ketika itu diketuai oleh Dato’ Adib Adam Ketua Menteri Melaka. Jika kriteria diatas menjadi penentu, saya memang menepatinya, pertama saya berasal dari Gemas, kedua saya memang tidak ada terlibat sedikitpun dalam kancah politik Tampin, dan saya tak ambil kesahpun hal bunuh membunuh itu. Saya ketika itu hanya saorang ahli UMNO cawangan Kg Londah kampong asal saya.

Tidak ada saorang pemimpin tertinggi UMNO baik diperingkat Nasional mahupun diperingkat NSDK yang mengenali saya secara peribadi melainkan Dato’ Saleh Hashim ( Dun Gemas - sebab sebelum itu saya bertugas sebagai Pegawai KTMB daerah Gemas ) melainkan Dato Ali Manat ( DUN Ulu Muar – kerana dia abang ipar saya ) dan Dato’ Ahmad Kasim ( DUN Seri Menanti – kerana saya jadi tutor dia untuk ambil STP di Kuala Pilah ) Dato Rais & Dato Isa Samad hanya mengenali saya buat kali pertamanya di majlis penyerahan surat Dr M di rumah Dato’ Rais Jalan Ampang KL, 2 hari sebelum penamaan calun.

Ketika itu saya bertugas di KTMB sebagai Timbalan Pengarah Kewangan & Sumber Manusia , Jabatan Operasi KTMB . satu jawatan yang baru diujudkan bertaraf superscale G ( kini JUSA C ). Sebulan sebelum itu saya adalah Pengarah Jabatan Stor & Bekalan KTMB

Kekecohan berkaitan pemilihan saya sebagai calun BN terserlah dan sampai kekemuncaknya pada malam sebelum penamaan calun. Dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Dato Adib Adam dan dihadhiri oleh Dato Isa Samad ( Dato’ Rais tidak hadhir ) Saya tidak dipanggil menyertai mesyuarat dan diarah oleh Dato Isa menunggu sehingga mesyuarat tamat, di Restoran Melati ditingkat bawah bangunan UMNO Bahagian Tampin.

AJK UMNO Bahagian Tampin yang majoritinya saya tak kenal membuat bantahan rasmi atas keputusan Dr Mahathir memilih saya sebagai calun BN. Mereka mahukan Mohd Nor Rejab ( ketika itu saya tidak kenal Md Nor Rejab ) menjadi calun. Mereka meminta Dato’ Isa Samad menelefon Dr Mahathir untuk merayu agar pemilihan saya dibatalkan dan diganti dengan Mohd Nor Rejab. ( waktu tu dah jam 3 pagi )

Sekitar 3 pagi Dato’ Isa turun dan minum bersama saya. Dato Isa memberitahu saya sambil merungut…gila betul orang Tampin ni, ada ke dia suruh saya telefon PM tengah malam buta ni minta Md Nor rejab jadi ..calun BN.

Saya kata pada Dato’ Isa…kalau tak terpilih pun saya tak kisah..sebab..saya memang tak tahu politik…tapi Dato’ kenalah tolong saya cari kerja sebab saya dah letak jawatan saya di KTM seperti yang disyaratkan.

Dato Isa bagitau saya..no no..PM dah pilih you…sekejap lagi saya naik atas dan bagitau mereka saya dah telefon PM dah…PM kata decision stick….Memang Dato’ Isa orang politik yang bijakpandai.

Saya jadi gerun dengan apa yang terjadi..semasa itu saya terfikir akan bangkangan isteri saya …atas penerimaan saya sendiri dicalunkan sebagai MPT..maklumlah macam macam yang dia dengar dengan politik ala koboi Tampin…sorang mati ..sorang kena penjara…isteri mana yang tidak susah hati..

Bertambah lagi masalah saya jika menang PRK dan jadi MPT iaitu majoriti AJK UMNO Tampin yang rata rata penyokong kuat Dato Mukhtar tidak menyukai saya dan sudah pasti akan menjadi musuh politik saya dan dalam hal ini mereka tidak akan berhenti selagi hajat belum tercapai…..

Keputusan Dr M adalah muktamad dan akhirnya saya dipilih menjadi MPT dengan majoriti yang besar. Ini melegakan saya kerana rakyat Tampin menerima saya. Yang tidak menerima ialah sebahagian besar AJK UMNO Bahagian Tampin. Itulah yang menjadi cabaran utama saya ..mendapatkan sokongan majoriti AJK UMNO Bahagian Tampin…atau…..

Setelah dipilih , saya dinasihatkan oleh Arwah Pakcik Said Jata yang ketika itu menjawat jawatan SU UMNO Tampin untuk menziarahi Dato Mukhtar dipenjara. Pakcik Said sendiri akan uruskan untuk dapat persetujuan Datin ( isteri Dato Mukhtar ) . Saya setuju atas cadangan itu…tetapi esoknya Pakcik said beritahu saya , Datin tak setuju terima saya jadi pelawat..Datin kata saya orang dato Rais Yatim.

Satu lagi masalah saya timbul….iaitu diklasifikasikan sebagai orang Dato Rais -masalah ini berpanjangan hingga saya berhenti.

Bersambung……………….

Catatan ini hanyalah catatan pengalaman..dan pandangan peribadi saya ..untuk dijadikan teladan dan sempadan bagi politikus khasnya UMNO Tampin. Janganlah bergaduh sesama sendiri merebut jawatan hingga menimbulkan suasana tension & tegang…ingatlah kepada sejarah ….sampai hari ada dikalangan pemimpin UMNO pusat panggil saya koboi kecil…..

Isnin, 5 April 2010

SISTEM PERKERETAPIAN - Masalah KTMB..Pandangan Bebas

SISTEM KERETAPI

Dikebanyakan negara baik negara maju mahupun yang sedang membangun sistem keretapi memainkan peranan penting dalam banyak perkara.

Sekarang ini nampak macam ada perlumbaan dalam teknologi perkeretapian dimana beberapa negara maju termasuk cina membuat pelaburan yang besar untuk mencipta teknologi terkini yang bertumpu kepada kelajuan & keselesaan sistem keretapi masing masing. Mengikut lapuran industri keretapi , teren penumpang terlaju masakini dan yang terbaru ialah high speed trains negeri cina. Tetapi masing masing negara bangga dgn HST mereka dan terus berusaha meningkatkan kemajuan masing masing…Pada penulis TGV masih memegang rekod kelajuan maksima yg diperakui oleh ramai pihak. ( 574.8 km/h )

Sementara itu sistem keretapi juga melibatkan mass transit sistem untuk mengatasi masalah pengangkutan kota kota metropolitan yang ramai penduduk.
Hampir setiap bandar besar dunia berbangga dengan sistem mass transit masing masing. Umpamanya kota London dengan London Tube, kota kota di negara Jerman dengan keretapi U-Bahnnya dan lain lain lagilah. Di Asia Tenggara sistem tercanggih ialah di Singapura. Manakala di Kuala Lumpur kita ada STAR LRT, PUTRA LRT & KL MONOREL.

Saya sedang menyediakan rencana berasingan berkaitan kemajuan sistem perkeretapian global ..entri akan datang

KTMB TIDAK LAGI MEMONOPOLI INDUSTRI REL

Di-Malaysia sistem keretapi tidak lagi di-monopoli oleh keretapi Tanah Melayu / KTMB. Sekarang kita sudah ada STAR LRT, PUTRA LRT, KL MONORAIL dan keretapi ERL – KL Sentarl ke KLIA. Kemajuan ini sepatutnya sudah melayakkan kita mengwujudkan industri keretapi kita sendiri. Barangkali inilah yang hendak dilakukan oleh Dr Mahathir tetapi dibantutkan oleh Pak Lah dengan membatalkan / menangguhkan rancangan pembinaan landasan berkembar letrik yang diberikan kepada Syed Muchtar Bukhari.

Rencana kali ini hanya menumpukan kepada KTMB sebagai pemain utama dalam industri rel negara.

PERKHIDMATAN KTMB ..TIADA APA YANG BOLEH DIBANGGAKAN

Berbanding negara lain , sistem keretapi kita telah ketinggalan begitu jauh kebelakang . Tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Sepanjang hari ada sahaja aduan rakyat berkaitan perkhidmatan yang disediakan sedangkan Keretapi Tanah Melayu merupakan salah satu institusi negara, yang diwarisi dari Penjajah British yang dulu memanggilnya sebagai Malayan Railways.


PENYEBAB UTAMA KEKALUTAN KTMB IALAH KURANGNYA PELABURAN KERAJAAN SEBAGAI PEMILIK,

KTMB sejak dahulu merupakan jabatan kerajaan . Untuk beberapa tahun ianya telah diswastakan kepada syarikat RENONG BHD. Akhirnya Renong Bhd setelah menyedari kepayahan untuk memajukan KTMB menyerahkan semula kepada kerajaan.

Sebagai bekas pegawai keretapi , saya memahami masaalah yang dihadapi oleh KTMB. Saya berkhidmat dengan KTMB sejak tahun 1975 hinggalah ketahun 1982. Saya bermula sebagai Pegawai Trafik Daerah di Ipoh dan berhenti sebagai Pengarah Bekalan KTMB di Sentul.

Pada hemat saya masalah yang kami hadapi pada tahun tahun 1970 – 1980an dahulu bukan sahaja masih menghantui KTMB malah telah menjadi bertambah teruk.

Telah hampir 30 tahun saya meninggalkan KTMB. Kali terakhir saya menaikki tren penumpang dari Gemas ke KL ialah pada enam bulan yang lalu. Saya langsung tidak boleh tidur kerana bunyi bising koc dan perjalanan yang huyung hayang. Bila saya turun di KL Sentral saya rasa macam baru turun dari naik lori barang. Horizontal & Vertical movement koc sangat teruk. Barangkali disebabkan landasan sedang dibaikki kerana pembinaan landasan kembar Gemas – Seremban.

MASALAH TEREN KOMUTER

Saya terlibat juga dalam jawatankuasa spesifikasi pembelian EMU yang ketika itu diketuai oleh Encik Mazlan Waad , Timbalan Pengarah Kejuruteraan Mekanikal. ( tahun 1980 ? ) Didalam lapuran kami kepada Jawatankuasa Tender kami menegaskan bahawa apa juga keputusan kerajaan , kesemua EMU hendaklah dibeli dari pembekal yang sama.

Kami juga mencadangkan agar kerajaan membeli beberapa unit electrical motors yang menjadi penggerak utama EMU EMU yang akan dibeli itu supaya apabila rosak kita boleh buat unit replacement sahaja . Ini akan membuatkan turnover set set EMU berjalan mengikut perancangan kerana tempohwaktu EMU didalam bengkel baikpulih adalah pendek .

Ini adalah kali pertama KTMB membeli EMU yang moden dan sofistikated. Pengalaman membaikpuleh jurutera KTMB dan pekerja pekerja teknikal diperingkat menengah dan bawah hampir tiada. Ketika itu jumlah jurutera elektrik amat kurang berbanding jurutera mekanikal disebabkan selama kini selepas injin wap KTMB menggunakan Diesel Electric Locomotives yang bersifat mekanikal.


Namun entah keputusan siapa , kerajaan telah membeli EMU EMU tersebut dari pelbagai pembuat yang datang dari pelbagai negara Ada yang dibuat di Afrika Selatan, ada yang dibuat di Budapest Hungary dan ada yang dibuat diKorea Selatan dan di Jepun. Inilah EMU Mee Rojak namanya yang dibeli oleh kerajaan untuk diurus oleh KTMB yang tidak ada pengalaman.

Dan inilah punca utama perkhidmatan Teren Komuter KTMB sekarang ini, menjadi teruk dan amat menyusahkan rakyat khasnya penduduk Lembah Kelang Siapakah yang patut dipersalahkan pihak kerajaan atau pihak KTMB ??.

Masalah kepakaran dan pengetahuan kakitangan KTMB dari pelbagai peringkat termasuk pemandu juga menyumbang dalam perkara EMU ini. Entah apa sebabnya kakitangan teknikal tidak dihantar berlatih di kilang yang membina EMU EMU tersebut. Tidak ada kakitangan yang khusus yang dilatih untuk menjadi tenaga pengajar dalam bidang bidang khusus baikpulih EMU ini. Tidak masuk akal setelah hampir 20 tahun menjalankan Khidmat Teren Komuter KTMB masih gagal melahirkan tenaga teknikal yang berwibawa. Yang ini bukan salah kerajaan tetapi kesalahan pengurusan KTMB sendiri.

Saya diberitahu banyak kerosakan alat elektronik baik EMU mahupun lokomotif disebabkan oleh pemandu yang tidak faham bahasa Inggeris. Apabila komputer atau alat elektronik memberi amaran, pemandu menekan butang butang kawalan ikut suka hati atau pakai bantai shj. Akibat kejahilan ini …banyaklah peralatan yang rosak.

Perkara pemandu ini sangat mudah diatasi tetapi tidak diatasi. Pertamanya KTMB pilihlah bakal pemandu yang faham bahasa Inggeris. Kedua jika hendak dipilih pemandu bahasa malaysia juga, latihlah pemandu itu belajar bahasa Inggris setidak - tidak nya dia akan faham akan arahan penjagaan dan penggunaan peralatan yg terlibat.

Pada hari ini hampir 50% stok EMU tidak bergerak kerana rosak dan kesusahan pengurusan alatganti akibat faktor kepelbagaian. Pada saya sebab utama ialah kakitangan teknikal KTMB tidak punya ilmu dan pengalaman untuk membaikpulih peralatan utama EMU EMU tersebut. Barangkali untuk atsasi masalah ini memakan belanja yang tinggi kerana kita perlu membwa manufacturer yang belbagai itu untuk membaikki jumlah EMU yang pasti tidak ekonomik bagi mereka.

Untuk mengatasi masalah kekurangan EMU, akhirnya sahabat saya yang menjadi CEO KTMB ketika itu ( telah ditamatkan perkhidmatannya ) Dato’ Razak Malik melakukan perkara aneh yang tidak dilakukan orang lain. Razak memperkenalkan Komuter Hybrid ..iatu koc koc EMU yang tidak boleh bergerak lagi akibat kerosakan prime movernya ditarik dengan Lokmotif Disel. Agaknya KTMB pecah rekod sebagai orang yang pertama melakukan sebegitu..tetapi itulah pilihan yang ada.

Semasa perkhidmatan Komuter mula dimulakan dahulu hampir setiap minggu saya naik komuter dari Seremban ke KL. Satu perkhidmatan yang selesa, canggih dan membanggakan. Saya sendiri berasa amat bangga sebagai bekas kakitangan KTMB melihat kemudahan elektronik yang disediakan di setiap stesyen ..sungguh canggih.

Pada hari ini semua kemudahan canggih itu telah punah ranah..tanpa dibaikki dan dipedulikan. Ketepatan jadual tidak dapat disebut lagi seperti dahulu..setiap 15 minit akan adalah set komuter sampai daan berlepas dari Seremban. Alangkah sayang dan malunya …..Jelas akan kesilapan keputusan yang mengakibatkan kerugian dan malapetaka kepada KTMB dan rakyat.


MASALAH TEREN PENUMPANG / MEL / ANTARABANDAR

Masalah utama ialah ketidakcukupan koc koc penumpang sedangkan teren yang dirancang untuk dijalankan banyak. Kedua koc koc yang ada merupakan koc koc lama yang hampir habis tempoh hayatnya. Ketiga kekurangan tenaga penggerak iaitu lokomotif. Keempat ketiadaan worksyop baikpulih kerana Bengkel Sentul telah dirobohkan. Kelima ketidakcekapan kakitangan teknikal dalam baikpuleh khususnya peralatan hawadingin dan set generator letrik. Kelima masalah pengurusan yang tidak cekap.

Ketidakcukupan koc koc penumpang dan lokomotif menghasilkan masalah berangkai. Akibat yang paling teruk ialah koc koc hampir tidak dapat dibuat rawatan berjadual kerana terus menerus digunakan. Apabila sampai waktunya kerosakan menjadi teruk dan memakan masa untuk dibaikki..contohnya masalah brek dan roda menjadi tajam ( sharp flanges ) sedangkan kemudahan baikpuleh koc yang dulu ada di Bengkel Sentul …telah ditempatkan dipelbagai lokasi yang mengakibatkan kecelaruan mengurus , melambatkan jangwaktu baik puleh dan meningkatkan kos.

MASALAH LOKOMOTIF

Begitu juga halnya berkaitan lokomotif yang tidak cukup. Masalah tidak cukup lokomotif ini adalah masalah tradisi KTMB diwarisi generasi ke generasi. Sebenarnya dari jumlah stok lokomotif memang cukup. Ia menjadi tidak cukup kerana terlalu banyak lokomotif berada didalam worksyop…oleh kerana pelbagai sebab musabab yang dijadikan alasan yang munasabah. Perkara kurang lokomotif ini dapat dikurangkan dengan penyewaan lokomotif lama dari Indian Railways. Lokomotif ini dibuat di India pada tahun 1958..hingga hari ini masih berfungsi dengan baik. Malahan dari segi statistik lebih kurang rosak daripada lokomotif milik KTMB. Kenapa begitu ? Kerana loko loko itu penyelenggaraannya dilakukan sendiri oleh kakitangan Indian Railways. Jika dirawat dan dijaga oleh KTMB dah lama rosak dah.

Hairan dan ajaib juga ..kenapa KTMB tidak mahu belajar dari Indian Railways tentang rahsia bagimanakah lokomotif terlalu tua ..masih boleh berfungsi dengan baik ? Kenapa tidak hantar kakitangan belajar di India sahaja ?

MASALAH GERABAK & FREIGHT

Zaman saya dulu marshalling yard dimana mana jua sibuk siang dan malam menguruskan gerabak gerabak barang. Macam macam barang diangkut akibat usaha agresif pemasaran Tan Sri Ishak Tadin sebagai Pengurus Besar KTMB ketika itu. Hari ini hampir semua my sunyi sepi bagaikan padang jarak padang terkukur. Kenapa jadi begitu ? Sekali lagi pelbagai sebab musabab yang munasabah boleh diberikan !!!.

SEBAB UTAMA

Namun sebab utama perkhidmatan KTMB menjadi teruk ialah kurangnya pelaburan modal dari kerajaan sebagai pemilik untuk membeli rolling stocks terkini. Bayangkan kerajaan belanja billion ringgit membina landasan berkembar yang kini siap sepenuhnya dari Seremban ke Padang Besar. Dalam beberapa tahun lagi akan siap pula landasan berkembar seluruh semenanjung malaysia. Tetapi hingga hari ini kerajaan masih belum membeli rolling stocks yang diperlukan seperti EMU, lokomotif elektrik , koc koc dan sebagainya. Kalau tidak dibeli segera maka lambatlah pulangan pelaburan membina landasan elektrik itu. Sudah tentu kerajaan ada sebab musababnya dan pasti juga ada perancangan tertentu ..tetapi rakyat tidak tahu.

Pihak kerajaan sejak merdeka lagi tidak berapa pedulikan KTMB dari segi menyediakan peruntukan untuk mempermodenkan sistem perkeretapian negara. Hampir semua gerabak barang yang ada merupakan peninggalan penjajah British dahulu. Hampir 85% gerabak barang sebenarnya tidak selamat digunakan kerana hampir 85% overdue brake and suspension repairs.

Semasa pentadbiran Pak Lah dulu kerajaan telah melantik syarikat SCOMI untuk baikpuleh gerabak gerabak barang KTMB. Anak syarikat SCOMI itupun tiada pengalaman dan hanya dapat perbaikki 3 unit gerabak seminggu. Jumlah ini tidak akan dapat selesaikan masalah kekurangan gerabak selama-lamanya kerana hampir semua gerabak perlu dibaikki keseluruhannya.

PENSWASTAAN SENTUL DILAKUKAN SECARA GOPOH – GAPAH DAN PUNCA SETBACK UTAMA KHIDMAT KTM

Setback KTMB bermula dengan pengambilalehan Kompleks Stor & Kejuruteran KTMB termasuk Kelab Golf Sentul oleh kerajaan ketika itu. Pada mulanya projek ini diberikan kepada Taiping Consilidated Bhd ( TCB ) Kemudian diambil aleh oleh YTL Bhd.
Tidak mengapalah kerajaan berbuat demikian ..kerana kerajaanlah pemilik KTMB tetapi adalah langkah yang silap menyerahkan harta umpama jantung KTMB kepada TCB sebelum syarikat itu membina bengkel baru untuk menggantikan Bengkel Pusat Sentul. Adakah peruntukan supaya TCB siapkan dulu bengkel barulah dibenar meruntuhkan bengkel sedia ada ?

Saya rasa tiada peruntukan sebegitu kerana kos membina Bengkel Baru di Batu Gajah yang baharu saja disiapkan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini adalah perkara yang pelik dan susah untuk difahami.

Ketiadaan Bengkel Pusat menimbulkan pelbagai masalah yang timpa menimpa kepada KTMB…saperti yang dihadapi hari ini. Masalah seperti ini sudah tentu menambah kegawatan….

Apabila rakyat mengutuk dan menghina pengurusan dan kakitangan KTMB adakah kerajaan mempertahnkan KTMB ? Boleh ke ???

BERSAMBUNG ………

Salam kepada semua warga KTMB
Yang masih dikenali & yang baru
Omarabdullah…once a railwayman..always a railwaymen

Sabtu, 3 April 2010

Salam Sejahtera

Assalamualaikum saudara pembaca ..semuga sentiasa dalam Rahmat Allah.

Saya baru buka blog ini dan inilah rencana pertama saya untuk dikongsi bersama. Silalah baca dan silakan beri komen dan cadangan..

Saya telah mengikuti beberapa blog tempatan mahupun yang disenaraikan dalam Mybloghub dan menikmati pelbagai maklumat yang dipaparkan. Blog yang mesti saya baca setiap hari tentulah blog negarawan kita Dr Mahathir ..chedet.com. Sejak dulu saya memang kagum dengan pemikiran dan keberanian serta sikap tulus dan ikhlas Dr Mahathir. Pada usia lanjut pun buah fikirannya sangat bernas. Saya juga kagum mendapati kebanyakan pelawat blognya adalah golongan muda. Didoakan agar Allah akan melanjutkan usianya dan Tun sentiasa dalam keadaan sihat..kerana negara masih memerlukan beliau.

Bercakap mengenai Dr M , saya teringat semasa beliau memberi saya peluang menjadi Ahli Parlimen Tampin pada tahun 1982 dahulu. Ucapan sulung saya di Parlimen ialah mengenai Cadangan Agar Kerajaan Mengadakan Dasar Pengangkutan Negara. Pada hari saya berucap itu Dr M tiada diParlimen agaknya keluar negara.

Antara yang saya cadangkan ialah agar kerajaan membenarkan lori khasnya lori treler menambah ganda atau axle. Jika axle ditambah maka beban muatan ( berat ) akan dapat ditampung secara serata oleh jumlah tayar pada treler itu. Ini akan mengurangkan tekanan terhadap permukaan jalan sekaligus akan membantu kurangkan masalah jalan rosak pecah berlubang - lubang yang banyak pada masa itu. Saya juga berhujah bahawa penambahan axle akan membolehkan sebuah lori itu membawa lebih mutan dari apa yang biasa dibawa . Ini barangkali boleh menurunkan kadar tambang lori kerana faktor economic of scales. Pengusaha lori juga boleh membeli prime mover / kepala lori treler yang berkuasa tinggi..dan ini boleh menjimatkan kos penyelengaraan secara jangka panjang.

Saya juga mencadangkan agar kerajaan membina mesin mesin timbang disetiap laluan yang akan diurustadbir oleh JPJ. Dengan cara ini pemilik lori akan tidak berani lagi melanggar had muatan ..dan cara ini akan memberi keadilan kepada pemilik lori mahupun pihak berkuasa. Juga dicadangkan agar kerajaan mengadakan kadar tambang nasional berdasarkan jenis muatan yang dibawa dikira pada kiraan ton/ kilometer.

Apa yang hendak saya tekankan disini ialah walaupun Dr M tiada mendengar ucapan saya ( dan lain lain ahli parlimen ) rupanya Tun membaca handsat ( rekod / catatan percakapan ) setiap ahli parlimen. Wp sibuk Tun masih ada masa membaca handsat.

Saya katakan begitu kerana kalau tidak silap saya dalam tahun 1983 kerajaan mengikut dan melakukan apa yang saya cadangkan. Pada hari ini kita lihat lori lori treler satu axle sudah tidak banyak lagi. Yang banyak ialah lori yang banyak axlenya kadang kadang sampai 4 ( macam lori ExxonMobil )

Hari ini juga kita lihat boleh dikatakan disemua laluan sudah ada mesin timbang JPJ. Macam yang ada di Pedas itu pula ..disiapkan dengan rumah pegawai & kakitangan JPJ. Yang tidak dilakukan hingga kini ialah penyelarasan tambang lori dengan mengadakan kadar per ton kilometer nasional. Barangkali kerajaan mahu keadan pasaran menentukannya.

Saya ceritakan perkara ini disini bukan kerana nak bangga diri..bahawa cadangan saya sebagai ahli parlimen biasa ..diikut oleh Perdana Menteri..tidak ada niat itu samasekali. Tujuan saya ialah untuk menunjukkan kepada rakyat malaysia ..betapa prihatin dan tingginya keperibadian insan bernama Mahathir Mohamad

Dalam perbahasan yang lain, saya mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula struktur ekonomi desa. Antara yang saya cadangkan ialah pihak kerajaan mengadakan rancangan perumahan mampubeli dikampong kampong untuk generasi kedua,siap dengan semua kemudahan asas. Saya cadangkan agar kerajaan memajukan tanah milik kerajaan dengan memecahkan kepada lot lot bungalow l.k enam (6 ) lot saekar.Saya namakan cadangan rancangan itu sebagai Kampong Halacara Baru.

Cadangan saya ini pun rupa-rupanya diterima oleh Dr M. Hari ini kita lihat rancangan perumhan desa banyak dibangunkan.

Di - Gemas, Kg Halacra baru Kg Londah sebenarnya diluluskan kerajaan untuk dibina pada tahun 1986. Pada perancangan awal apa yang dipersetujui ialah kawasan bekas rezab hutan jelai-gemas yang ada di kampong ulu ladang dipecahkan kepada lot lot bersaiz 10,000 k.p untuk dibahagikan kepada penduduk gemas. Entah apa sebabnya rancangan itu telah dipinda dan pembinaan rancangan perumahan itu hanya dapat dibuat pada tahun 2000 an.( saya tidak tahu sebabnya kerana khidmat saya sebagai ahli parlimen tampin tamat pada tahun 1986 )

Saya juga ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada penduduk tampin/ gemas kerana ramai yang sudah berminat untuk menjadi blogger. Ini perkembangan yang baik dan sesuai dengan kemajuan IT dan kemajuan global. Blogging atau/dan melayari blog blog bukan sahaja menambah ilmu ..tetapi merupakan cara menamam tabiat suka membaca dan menulis. Ianya juga menjadi media /pengantara antara pemimpin dengan rakyat.

Rakyat boleh memberi cadangan, komen dan kritikan kepada pemimpin. Pemimpin pula sewajarnyalah bersikap proaktif dan berfikiran terbuka terhadap apa jua yang dicadang dan dikritik atau komen rakyat. Semuanya dilakukan untuk kebaikan semua.

Antara blog blog tempatan yang menjadi tumpuan saya ialah blog tampin oh tampin, gemasindah dan gotahlantun. Pada hemat saya wp ada yang boleh dikatakan pedas pedas yang ditulis ..dari segi objektif dan tujuan masih lagi berlandaskan niat murni untuk membawa kemajuan dan faedah kepada rakyat khasnya orang melayu.

Sekian, InsyaAllah pada rencana yang lain saya akan tulis pengalaman pengalaman hidup saya ..yang saya alami semasa saya berkhidmat sebagai pegawai KTMB, Ahli Parlimen dn juga semasa saya menjadi pemaju perumahan kerdil pada masa yang lalu.

Hari ini ,saya hanya menjadi pesara. Masa lapang saya penuhi dengan menanam lada api dan membaca / mengkaji ayat ayat Allah dan buku buku agama..kerana pada masa masa muda dulu terlalu sikit yang dapat dibaca..lebih lebih lagi buku buku agama.

Kepada yang mengenali saya ..atau yang tidak mengenali saya..saya mohon setulus tulus maaf dari saudara semua jika ada kata kata dan tindakan saya semasa menjadi Ahli Parlimen Tampin dahulu ( 1982-1986 ) dan juga masa masa selepas itu menyakitkan hati atau mendatangkan kepayahan kpd sdra semua.

Terima kasih dan...

Salam Takzim.

Omar Abdullah.