Sabtu, 3 April 2010

Salam Sejahtera

Assalamualaikum saudara pembaca ..semuga sentiasa dalam Rahmat Allah.

Saya baru buka blog ini dan inilah rencana pertama saya untuk dikongsi bersama. Silalah baca dan silakan beri komen dan cadangan..

Saya telah mengikuti beberapa blog tempatan mahupun yang disenaraikan dalam Mybloghub dan menikmati pelbagai maklumat yang dipaparkan. Blog yang mesti saya baca setiap hari tentulah blog negarawan kita Dr Mahathir ..chedet.com. Sejak dulu saya memang kagum dengan pemikiran dan keberanian serta sikap tulus dan ikhlas Dr Mahathir. Pada usia lanjut pun buah fikirannya sangat bernas. Saya juga kagum mendapati kebanyakan pelawat blognya adalah golongan muda. Didoakan agar Allah akan melanjutkan usianya dan Tun sentiasa dalam keadaan sihat..kerana negara masih memerlukan beliau.

Bercakap mengenai Dr M , saya teringat semasa beliau memberi saya peluang menjadi Ahli Parlimen Tampin pada tahun 1982 dahulu. Ucapan sulung saya di Parlimen ialah mengenai Cadangan Agar Kerajaan Mengadakan Dasar Pengangkutan Negara. Pada hari saya berucap itu Dr M tiada diParlimen agaknya keluar negara.

Antara yang saya cadangkan ialah agar kerajaan membenarkan lori khasnya lori treler menambah ganda atau axle. Jika axle ditambah maka beban muatan ( berat ) akan dapat ditampung secara serata oleh jumlah tayar pada treler itu. Ini akan mengurangkan tekanan terhadap permukaan jalan sekaligus akan membantu kurangkan masalah jalan rosak pecah berlubang - lubang yang banyak pada masa itu. Saya juga berhujah bahawa penambahan axle akan membolehkan sebuah lori itu membawa lebih mutan dari apa yang biasa dibawa . Ini barangkali boleh menurunkan kadar tambang lori kerana faktor economic of scales. Pengusaha lori juga boleh membeli prime mover / kepala lori treler yang berkuasa tinggi..dan ini boleh menjimatkan kos penyelengaraan secara jangka panjang.

Saya juga mencadangkan agar kerajaan membina mesin mesin timbang disetiap laluan yang akan diurustadbir oleh JPJ. Dengan cara ini pemilik lori akan tidak berani lagi melanggar had muatan ..dan cara ini akan memberi keadilan kepada pemilik lori mahupun pihak berkuasa. Juga dicadangkan agar kerajaan mengadakan kadar tambang nasional berdasarkan jenis muatan yang dibawa dikira pada kiraan ton/ kilometer.

Apa yang hendak saya tekankan disini ialah walaupun Dr M tiada mendengar ucapan saya ( dan lain lain ahli parlimen ) rupanya Tun membaca handsat ( rekod / catatan percakapan ) setiap ahli parlimen. Wp sibuk Tun masih ada masa membaca handsat.

Saya katakan begitu kerana kalau tidak silap saya dalam tahun 1983 kerajaan mengikut dan melakukan apa yang saya cadangkan. Pada hari ini kita lihat lori lori treler satu axle sudah tidak banyak lagi. Yang banyak ialah lori yang banyak axlenya kadang kadang sampai 4 ( macam lori ExxonMobil )

Hari ini juga kita lihat boleh dikatakan disemua laluan sudah ada mesin timbang JPJ. Macam yang ada di Pedas itu pula ..disiapkan dengan rumah pegawai & kakitangan JPJ. Yang tidak dilakukan hingga kini ialah penyelarasan tambang lori dengan mengadakan kadar per ton kilometer nasional. Barangkali kerajaan mahu keadan pasaran menentukannya.

Saya ceritakan perkara ini disini bukan kerana nak bangga diri..bahawa cadangan saya sebagai ahli parlimen biasa ..diikut oleh Perdana Menteri..tidak ada niat itu samasekali. Tujuan saya ialah untuk menunjukkan kepada rakyat malaysia ..betapa prihatin dan tingginya keperibadian insan bernama Mahathir Mohamad

Dalam perbahasan yang lain, saya mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula struktur ekonomi desa. Antara yang saya cadangkan ialah pihak kerajaan mengadakan rancangan perumahan mampubeli dikampong kampong untuk generasi kedua,siap dengan semua kemudahan asas. Saya cadangkan agar kerajaan memajukan tanah milik kerajaan dengan memecahkan kepada lot lot bungalow l.k enam (6 ) lot saekar.Saya namakan cadangan rancangan itu sebagai Kampong Halacara Baru.

Cadangan saya ini pun rupa-rupanya diterima oleh Dr M. Hari ini kita lihat rancangan perumhan desa banyak dibangunkan.

Di - Gemas, Kg Halacra baru Kg Londah sebenarnya diluluskan kerajaan untuk dibina pada tahun 1986. Pada perancangan awal apa yang dipersetujui ialah kawasan bekas rezab hutan jelai-gemas yang ada di kampong ulu ladang dipecahkan kepada lot lot bersaiz 10,000 k.p untuk dibahagikan kepada penduduk gemas. Entah apa sebabnya rancangan itu telah dipinda dan pembinaan rancangan perumahan itu hanya dapat dibuat pada tahun 2000 an.( saya tidak tahu sebabnya kerana khidmat saya sebagai ahli parlimen tampin tamat pada tahun 1986 )

Saya juga ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada penduduk tampin/ gemas kerana ramai yang sudah berminat untuk menjadi blogger. Ini perkembangan yang baik dan sesuai dengan kemajuan IT dan kemajuan global. Blogging atau/dan melayari blog blog bukan sahaja menambah ilmu ..tetapi merupakan cara menamam tabiat suka membaca dan menulis. Ianya juga menjadi media /pengantara antara pemimpin dengan rakyat.

Rakyat boleh memberi cadangan, komen dan kritikan kepada pemimpin. Pemimpin pula sewajarnyalah bersikap proaktif dan berfikiran terbuka terhadap apa jua yang dicadang dan dikritik atau komen rakyat. Semuanya dilakukan untuk kebaikan semua.

Antara blog blog tempatan yang menjadi tumpuan saya ialah blog tampin oh tampin, gemasindah dan gotahlantun. Pada hemat saya wp ada yang boleh dikatakan pedas pedas yang ditulis ..dari segi objektif dan tujuan masih lagi berlandaskan niat murni untuk membawa kemajuan dan faedah kepada rakyat khasnya orang melayu.

Sekian, InsyaAllah pada rencana yang lain saya akan tulis pengalaman pengalaman hidup saya ..yang saya alami semasa saya berkhidmat sebagai pegawai KTMB, Ahli Parlimen dn juga semasa saya menjadi pemaju perumahan kerdil pada masa yang lalu.

Hari ini ,saya hanya menjadi pesara. Masa lapang saya penuhi dengan menanam lada api dan membaca / mengkaji ayat ayat Allah dan buku buku agama..kerana pada masa masa muda dulu terlalu sikit yang dapat dibaca..lebih lebih lagi buku buku agama.

Kepada yang mengenali saya ..atau yang tidak mengenali saya..saya mohon setulus tulus maaf dari saudara semua jika ada kata kata dan tindakan saya semasa menjadi Ahli Parlimen Tampin dahulu ( 1982-1986 ) dan juga masa masa selepas itu menyakitkan hati atau mendatangkan kepayahan kpd sdra semua.

Terima kasih dan...

Salam Takzim.

Omar Abdullah.

4 ulasan:

  1. taniah bro. dari dulu masa kita sama2 dlm brisan kpimpinan umno bhg tampin saya amat kagum dengan idea2 bernas anda. sayangnya masa tu kita tidak boleh tunjuk bijak, akhirnya kita kena pancung. itu budaya umno tampin.jadi tak hairanlh sehingga skarang ajk umno lebih kepada pengawal peribadi utk jaga ketua dari berkhidmat pada parti dan rakyat. apa2 pn terus gunakn blog ini untuk mnyuarakn apa yg patut. kita umno jati dulu,kini dan selamanya.

    baloqliat

    BalasPadam
  2. Salam & terimaksih sdra baloqliat ..best juga nama tu ..yg best agaknya keliatan semangatlah..semangat cintakan umno.

    insyaAllah ada kelapangan akan terus menulis ..sama -samalah kita ya..saya nak tulis ttg harta harta umno tampin yg dato rais bagi dulu spt tanah perumahan bakti aman..kemana perginya ..bro tahu ke ...apa komen elok ke ditulis atau diamkan shj ?

    saya pun mcm bro juga kasih & sayang pada umno tak pernah luput..tetapi pimpinan umno tampin saya skeptikal sikit...banyak perlu dilakukan ya tak ?

    omarabdullah.....kirim salam kpd kawan kawan diluar tu.

    BalasPadam
  3. elok tu bro tlis tentang harta umno ni. sakit hati bila nk pergi tampin tengok tampin kuari kt keru tu sapa yg kaut untung. masa kta dlm umno bahagian dulu ada mandat diberkan pada Dato' Dahalan n aruah Dato'Ujang untuk siasat n lapurkan balik segala aset umno. tapi snyap cam tu je. tak pernah pn dibawa dalam msyrat berikutnya. akhirnya hilang ditelan masa. samalh macam aset umno kawasan gemas kerana tak percaya pd kawan2 lain kt gemas,bila org tua tu dah tak ada lagi, putih mata org Gemas dikerjakan oleh ketua baru cawangannya. Ntahlah bro bila jadi ketua tapi tak amanah mcmnilah jadinya......


    Bloqliat

    BalasPadam
  4. Salam bro

    terimakasih & insyaAllah

    BalasPadam

ulasan adalah sangat dialu-alukan
ulasan adalah atas tanggungjawab anda sendiri