Isnin, 5 April 2010

SISTEM PERKERETAPIAN - Masalah KTMB..Pandangan Bebas

SISTEM KERETAPI

Dikebanyakan negara baik negara maju mahupun yang sedang membangun sistem keretapi memainkan peranan penting dalam banyak perkara.

Sekarang ini nampak macam ada perlumbaan dalam teknologi perkeretapian dimana beberapa negara maju termasuk cina membuat pelaburan yang besar untuk mencipta teknologi terkini yang bertumpu kepada kelajuan & keselesaan sistem keretapi masing masing. Mengikut lapuran industri keretapi , teren penumpang terlaju masakini dan yang terbaru ialah high speed trains negeri cina. Tetapi masing masing negara bangga dgn HST mereka dan terus berusaha meningkatkan kemajuan masing masing…Pada penulis TGV masih memegang rekod kelajuan maksima yg diperakui oleh ramai pihak. ( 574.8 km/h )

Sementara itu sistem keretapi juga melibatkan mass transit sistem untuk mengatasi masalah pengangkutan kota kota metropolitan yang ramai penduduk.
Hampir setiap bandar besar dunia berbangga dengan sistem mass transit masing masing. Umpamanya kota London dengan London Tube, kota kota di negara Jerman dengan keretapi U-Bahnnya dan lain lain lagilah. Di Asia Tenggara sistem tercanggih ialah di Singapura. Manakala di Kuala Lumpur kita ada STAR LRT, PUTRA LRT & KL MONOREL.

Saya sedang menyediakan rencana berasingan berkaitan kemajuan sistem perkeretapian global ..entri akan datang

KTMB TIDAK LAGI MEMONOPOLI INDUSTRI REL

Di-Malaysia sistem keretapi tidak lagi di-monopoli oleh keretapi Tanah Melayu / KTMB. Sekarang kita sudah ada STAR LRT, PUTRA LRT, KL MONORAIL dan keretapi ERL – KL Sentarl ke KLIA. Kemajuan ini sepatutnya sudah melayakkan kita mengwujudkan industri keretapi kita sendiri. Barangkali inilah yang hendak dilakukan oleh Dr Mahathir tetapi dibantutkan oleh Pak Lah dengan membatalkan / menangguhkan rancangan pembinaan landasan berkembar letrik yang diberikan kepada Syed Muchtar Bukhari.

Rencana kali ini hanya menumpukan kepada KTMB sebagai pemain utama dalam industri rel negara.

PERKHIDMATAN KTMB ..TIADA APA YANG BOLEH DIBANGGAKAN

Berbanding negara lain , sistem keretapi kita telah ketinggalan begitu jauh kebelakang . Tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Sepanjang hari ada sahaja aduan rakyat berkaitan perkhidmatan yang disediakan sedangkan Keretapi Tanah Melayu merupakan salah satu institusi negara, yang diwarisi dari Penjajah British yang dulu memanggilnya sebagai Malayan Railways.


PENYEBAB UTAMA KEKALUTAN KTMB IALAH KURANGNYA PELABURAN KERAJAAN SEBAGAI PEMILIK,

KTMB sejak dahulu merupakan jabatan kerajaan . Untuk beberapa tahun ianya telah diswastakan kepada syarikat RENONG BHD. Akhirnya Renong Bhd setelah menyedari kepayahan untuk memajukan KTMB menyerahkan semula kepada kerajaan.

Sebagai bekas pegawai keretapi , saya memahami masaalah yang dihadapi oleh KTMB. Saya berkhidmat dengan KTMB sejak tahun 1975 hinggalah ketahun 1982. Saya bermula sebagai Pegawai Trafik Daerah di Ipoh dan berhenti sebagai Pengarah Bekalan KTMB di Sentul.

Pada hemat saya masalah yang kami hadapi pada tahun tahun 1970 – 1980an dahulu bukan sahaja masih menghantui KTMB malah telah menjadi bertambah teruk.

Telah hampir 30 tahun saya meninggalkan KTMB. Kali terakhir saya menaikki tren penumpang dari Gemas ke KL ialah pada enam bulan yang lalu. Saya langsung tidak boleh tidur kerana bunyi bising koc dan perjalanan yang huyung hayang. Bila saya turun di KL Sentral saya rasa macam baru turun dari naik lori barang. Horizontal & Vertical movement koc sangat teruk. Barangkali disebabkan landasan sedang dibaikki kerana pembinaan landasan kembar Gemas – Seremban.

MASALAH TEREN KOMUTER

Saya terlibat juga dalam jawatankuasa spesifikasi pembelian EMU yang ketika itu diketuai oleh Encik Mazlan Waad , Timbalan Pengarah Kejuruteraan Mekanikal. ( tahun 1980 ? ) Didalam lapuran kami kepada Jawatankuasa Tender kami menegaskan bahawa apa juga keputusan kerajaan , kesemua EMU hendaklah dibeli dari pembekal yang sama.

Kami juga mencadangkan agar kerajaan membeli beberapa unit electrical motors yang menjadi penggerak utama EMU EMU yang akan dibeli itu supaya apabila rosak kita boleh buat unit replacement sahaja . Ini akan membuatkan turnover set set EMU berjalan mengikut perancangan kerana tempohwaktu EMU didalam bengkel baikpulih adalah pendek .

Ini adalah kali pertama KTMB membeli EMU yang moden dan sofistikated. Pengalaman membaikpuleh jurutera KTMB dan pekerja pekerja teknikal diperingkat menengah dan bawah hampir tiada. Ketika itu jumlah jurutera elektrik amat kurang berbanding jurutera mekanikal disebabkan selama kini selepas injin wap KTMB menggunakan Diesel Electric Locomotives yang bersifat mekanikal.


Namun entah keputusan siapa , kerajaan telah membeli EMU EMU tersebut dari pelbagai pembuat yang datang dari pelbagai negara Ada yang dibuat di Afrika Selatan, ada yang dibuat di Budapest Hungary dan ada yang dibuat diKorea Selatan dan di Jepun. Inilah EMU Mee Rojak namanya yang dibeli oleh kerajaan untuk diurus oleh KTMB yang tidak ada pengalaman.

Dan inilah punca utama perkhidmatan Teren Komuter KTMB sekarang ini, menjadi teruk dan amat menyusahkan rakyat khasnya penduduk Lembah Kelang Siapakah yang patut dipersalahkan pihak kerajaan atau pihak KTMB ??.

Masalah kepakaran dan pengetahuan kakitangan KTMB dari pelbagai peringkat termasuk pemandu juga menyumbang dalam perkara EMU ini. Entah apa sebabnya kakitangan teknikal tidak dihantar berlatih di kilang yang membina EMU EMU tersebut. Tidak ada kakitangan yang khusus yang dilatih untuk menjadi tenaga pengajar dalam bidang bidang khusus baikpulih EMU ini. Tidak masuk akal setelah hampir 20 tahun menjalankan Khidmat Teren Komuter KTMB masih gagal melahirkan tenaga teknikal yang berwibawa. Yang ini bukan salah kerajaan tetapi kesalahan pengurusan KTMB sendiri.

Saya diberitahu banyak kerosakan alat elektronik baik EMU mahupun lokomotif disebabkan oleh pemandu yang tidak faham bahasa Inggeris. Apabila komputer atau alat elektronik memberi amaran, pemandu menekan butang butang kawalan ikut suka hati atau pakai bantai shj. Akibat kejahilan ini …banyaklah peralatan yang rosak.

Perkara pemandu ini sangat mudah diatasi tetapi tidak diatasi. Pertamanya KTMB pilihlah bakal pemandu yang faham bahasa Inggeris. Kedua jika hendak dipilih pemandu bahasa malaysia juga, latihlah pemandu itu belajar bahasa Inggris setidak - tidak nya dia akan faham akan arahan penjagaan dan penggunaan peralatan yg terlibat.

Pada hari ini hampir 50% stok EMU tidak bergerak kerana rosak dan kesusahan pengurusan alatganti akibat faktor kepelbagaian. Pada saya sebab utama ialah kakitangan teknikal KTMB tidak punya ilmu dan pengalaman untuk membaikpulih peralatan utama EMU EMU tersebut. Barangkali untuk atsasi masalah ini memakan belanja yang tinggi kerana kita perlu membwa manufacturer yang belbagai itu untuk membaikki jumlah EMU yang pasti tidak ekonomik bagi mereka.

Untuk mengatasi masalah kekurangan EMU, akhirnya sahabat saya yang menjadi CEO KTMB ketika itu ( telah ditamatkan perkhidmatannya ) Dato’ Razak Malik melakukan perkara aneh yang tidak dilakukan orang lain. Razak memperkenalkan Komuter Hybrid ..iatu koc koc EMU yang tidak boleh bergerak lagi akibat kerosakan prime movernya ditarik dengan Lokmotif Disel. Agaknya KTMB pecah rekod sebagai orang yang pertama melakukan sebegitu..tetapi itulah pilihan yang ada.

Semasa perkhidmatan Komuter mula dimulakan dahulu hampir setiap minggu saya naik komuter dari Seremban ke KL. Satu perkhidmatan yang selesa, canggih dan membanggakan. Saya sendiri berasa amat bangga sebagai bekas kakitangan KTMB melihat kemudahan elektronik yang disediakan di setiap stesyen ..sungguh canggih.

Pada hari ini semua kemudahan canggih itu telah punah ranah..tanpa dibaikki dan dipedulikan. Ketepatan jadual tidak dapat disebut lagi seperti dahulu..setiap 15 minit akan adalah set komuter sampai daan berlepas dari Seremban. Alangkah sayang dan malunya …..Jelas akan kesilapan keputusan yang mengakibatkan kerugian dan malapetaka kepada KTMB dan rakyat.


MASALAH TEREN PENUMPANG / MEL / ANTARABANDAR

Masalah utama ialah ketidakcukupan koc koc penumpang sedangkan teren yang dirancang untuk dijalankan banyak. Kedua koc koc yang ada merupakan koc koc lama yang hampir habis tempoh hayatnya. Ketiga kekurangan tenaga penggerak iaitu lokomotif. Keempat ketiadaan worksyop baikpulih kerana Bengkel Sentul telah dirobohkan. Kelima ketidakcekapan kakitangan teknikal dalam baikpuleh khususnya peralatan hawadingin dan set generator letrik. Kelima masalah pengurusan yang tidak cekap.

Ketidakcukupan koc koc penumpang dan lokomotif menghasilkan masalah berangkai. Akibat yang paling teruk ialah koc koc hampir tidak dapat dibuat rawatan berjadual kerana terus menerus digunakan. Apabila sampai waktunya kerosakan menjadi teruk dan memakan masa untuk dibaikki..contohnya masalah brek dan roda menjadi tajam ( sharp flanges ) sedangkan kemudahan baikpuleh koc yang dulu ada di Bengkel Sentul …telah ditempatkan dipelbagai lokasi yang mengakibatkan kecelaruan mengurus , melambatkan jangwaktu baik puleh dan meningkatkan kos.

MASALAH LOKOMOTIF

Begitu juga halnya berkaitan lokomotif yang tidak cukup. Masalah tidak cukup lokomotif ini adalah masalah tradisi KTMB diwarisi generasi ke generasi. Sebenarnya dari jumlah stok lokomotif memang cukup. Ia menjadi tidak cukup kerana terlalu banyak lokomotif berada didalam worksyop…oleh kerana pelbagai sebab musabab yang dijadikan alasan yang munasabah. Perkara kurang lokomotif ini dapat dikurangkan dengan penyewaan lokomotif lama dari Indian Railways. Lokomotif ini dibuat di India pada tahun 1958..hingga hari ini masih berfungsi dengan baik. Malahan dari segi statistik lebih kurang rosak daripada lokomotif milik KTMB. Kenapa begitu ? Kerana loko loko itu penyelenggaraannya dilakukan sendiri oleh kakitangan Indian Railways. Jika dirawat dan dijaga oleh KTMB dah lama rosak dah.

Hairan dan ajaib juga ..kenapa KTMB tidak mahu belajar dari Indian Railways tentang rahsia bagimanakah lokomotif terlalu tua ..masih boleh berfungsi dengan baik ? Kenapa tidak hantar kakitangan belajar di India sahaja ?

MASALAH GERABAK & FREIGHT

Zaman saya dulu marshalling yard dimana mana jua sibuk siang dan malam menguruskan gerabak gerabak barang. Macam macam barang diangkut akibat usaha agresif pemasaran Tan Sri Ishak Tadin sebagai Pengurus Besar KTMB ketika itu. Hari ini hampir semua my sunyi sepi bagaikan padang jarak padang terkukur. Kenapa jadi begitu ? Sekali lagi pelbagai sebab musabab yang munasabah boleh diberikan !!!.

SEBAB UTAMA

Namun sebab utama perkhidmatan KTMB menjadi teruk ialah kurangnya pelaburan modal dari kerajaan sebagai pemilik untuk membeli rolling stocks terkini. Bayangkan kerajaan belanja billion ringgit membina landasan berkembar yang kini siap sepenuhnya dari Seremban ke Padang Besar. Dalam beberapa tahun lagi akan siap pula landasan berkembar seluruh semenanjung malaysia. Tetapi hingga hari ini kerajaan masih belum membeli rolling stocks yang diperlukan seperti EMU, lokomotif elektrik , koc koc dan sebagainya. Kalau tidak dibeli segera maka lambatlah pulangan pelaburan membina landasan elektrik itu. Sudah tentu kerajaan ada sebab musababnya dan pasti juga ada perancangan tertentu ..tetapi rakyat tidak tahu.

Pihak kerajaan sejak merdeka lagi tidak berapa pedulikan KTMB dari segi menyediakan peruntukan untuk mempermodenkan sistem perkeretapian negara. Hampir semua gerabak barang yang ada merupakan peninggalan penjajah British dahulu. Hampir 85% gerabak barang sebenarnya tidak selamat digunakan kerana hampir 85% overdue brake and suspension repairs.

Semasa pentadbiran Pak Lah dulu kerajaan telah melantik syarikat SCOMI untuk baikpuleh gerabak gerabak barang KTMB. Anak syarikat SCOMI itupun tiada pengalaman dan hanya dapat perbaikki 3 unit gerabak seminggu. Jumlah ini tidak akan dapat selesaikan masalah kekurangan gerabak selama-lamanya kerana hampir semua gerabak perlu dibaikki keseluruhannya.

PENSWASTAAN SENTUL DILAKUKAN SECARA GOPOH – GAPAH DAN PUNCA SETBACK UTAMA KHIDMAT KTM

Setback KTMB bermula dengan pengambilalehan Kompleks Stor & Kejuruteran KTMB termasuk Kelab Golf Sentul oleh kerajaan ketika itu. Pada mulanya projek ini diberikan kepada Taiping Consilidated Bhd ( TCB ) Kemudian diambil aleh oleh YTL Bhd.
Tidak mengapalah kerajaan berbuat demikian ..kerana kerajaanlah pemilik KTMB tetapi adalah langkah yang silap menyerahkan harta umpama jantung KTMB kepada TCB sebelum syarikat itu membina bengkel baru untuk menggantikan Bengkel Pusat Sentul. Adakah peruntukan supaya TCB siapkan dulu bengkel barulah dibenar meruntuhkan bengkel sedia ada ?

Saya rasa tiada peruntukan sebegitu kerana kos membina Bengkel Baru di Batu Gajah yang baharu saja disiapkan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini adalah perkara yang pelik dan susah untuk difahami.

Ketiadaan Bengkel Pusat menimbulkan pelbagai masalah yang timpa menimpa kepada KTMB…saperti yang dihadapi hari ini. Masalah seperti ini sudah tentu menambah kegawatan….

Apabila rakyat mengutuk dan menghina pengurusan dan kakitangan KTMB adakah kerajaan mempertahnkan KTMB ? Boleh ke ???

BERSAMBUNG ………

Salam kepada semua warga KTMB
Yang masih dikenali & yang baru
Omarabdullah…once a railwayman..always a railwaymen

6 ulasan:

  1. harap dapat jelaskan masalah signage juga

    BalasPadam
  2. salam,

    terima kasih sdr (selaku x-staf KTM sendiri), di atas pengalaman dan rintihan yang dikongsikan bersama. saya juga ada membuat sedikit kajian dan perbandingan mengenai servis2 kereta api negara kita ... bila kaji dan diteliti, realiti sebenar nampak lebih buruk daripada rungutan orang ramai. sekadar berkongsi ...

    Ttg servis komuter:
    http://blogkaryait.wordpress.com/2011/03/21/perbandingan-kereta-api-negara-kita-dengan-negara-orang-satu-cadangan-bhg-1/

    Ttg servis LRT/Monorail:
    http://blogkaryait.wordpress.com/2011/03/21/perbandingan-kereta-api-negara-kita-dengan-negara-orang-satu-cadangan-bhg-2/

    Ttg servis antara bandar dan shutter train:
    http://blogkaryait.wordpress.com/2011/03/21/perbandingan-kereta-api-negara-kita-dengan-negara-orang-satu-cadangan-bhg-3/

    Ttg servis kereta api laju dan kesimpulan:
    http://blogkaryait.wordpress.com/2011/03/21/perbandingan-kereta-api-negara-kita-dengan-negara-orang-satu-cadangan-bhg-4/

    dan
    Ttg stesen kereta api dan kemudahan di luar bandar:
    http://blogkaryait.wordpress.com/2011/02/07/pengembaraan-maya-dengan-google-maps-%e2%80%93-siri-2/

    kepada pembaca, lihat dan nilai sendiri. :-)

    BalasPadam
  3. mohon izin utk share/link di blog & web fb saya

    BalasPadam
  4. bercakap memang senang..kebanyakan pemandu yg ada skang semuanyer berpendidikan..smuanyer kelayakan lebih dari spm..untuk pengetahuan saudara..pemandu hanyer memberi technical report..dan pihak fleet yang uruskan kerosakan pada set emu ataupaun lokomotif..senarnyer budaya kerja bhg fleet teruk..di tambah plak dengan mslh ketiadaan sperepart...sbg contoh kereta kita adakah kt akan rosakkannye.tentulah tidak krn ia akn mendatanggkan mslh kpd kt.sama jg nga set emu dan lokomotif.pemandu tidak akan merosakannyer.kerana ia akn menyusahkan pemandu tersebut.saya tidak setuju dengan mengatakan pemandu tidak mahir..kerana taraf pemandu sebenarnyer technician..saudara tidak pernah duduk di bangku pemandu.jgn tau bercakap..

    BalasPadam
  5. Satu perkara lagi, KTMB tidak banyak menambah laluan baru ke bandar-bandar lain. Sebagai contoh, sepatutnya KTMB menyegerakan laluan baru dari Pulau Sebang Melaka (Tampin) terus ke Bandaraya Melaka, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru. Dari johor Bahru baru dipanjangkan laluan ke Kota Tinggi, Mersing, rompin, Pekan, Kuantan, Kemaman, Dungun. Kuala Terengganu. dan Kota Bharu . Di bahagian tengah semenanjung dari Kuala Lumpur melalui Mentakab dan terus ke Kuantan. Lauan-lauan ini merupakan kawasan kepadatan penduduk yang tinggi. Pelaburan ini menguntungkan pada masa hadapan. Sebab itulah banyak stesen-stesen kTMB di selatan semenanjung ditutup seperti Tebong, Melaka, sayer Kuning selatan Negeri Sembilan dan beberapa kawasan di johor Tengah yang laluan itu tidak menguntungkan. Sudah tiba masanya pihak KTMB dan kerajaan memulakan laluan baru terutamanya sebagai permulaan laluan ke Bandaraya Melaka dan Mentakab Kuantan. tidak perlu dilengahkan lagi.

    BalasPadam
  6. Saya juga ingin membuat aduan berkenaan perhidmatan komuter dari KL Sentral ke Kajang yang tidak efektif semasa waktu puncak iaitu dari pukul 5.45 ptg ke 7mlm. Yang menghairankan saya kekerapan komuter dari seremban ke kl sentral sama banyak semasa waktu puncak walaupun jumlah penumpang sangat kurang jika dibandingkan dengan jumlah penumpang dari kl sentral ke kajang. Selama hampir setahun saya berulang alik dari kl sentral ke kajang dan sebaliknya hanya kurang 10 kali saya dapat tempat duduk, selebihnya terpaksa berdiri. Diharapkan pihak KTM komuter dapat memperbanyakkan lagi kekerapan perjalanan komuter ketika waktu puncak. Tunggu la MRT siap nanti. Selamat tinggal komuter. Sekian terima kasih.

    BalasPadam

ulasan adalah sangat dialu-alukan
ulasan adalah atas tanggungjawab anda sendiri