Rabu, 19 Mei 2010

SAMBUNGAN CERITA TOK AYAH....................



Saya diperkenalkan kepada Tok Ayah oleh adik angkat saya bernama Md Zain. Dia adalah anak angkat Tok Ayah.

Ketika itu saya dan beberapa rakan kongsi saya telah menubuhkan syarikat untuk memohon lesen Bot Laut Dalam. Pengarah Urusan syarikat ialah abang angkat DS Sanusi Joned yang ketika itu menjawat Menteri Pertanian. Nama abang angkat DS Sanusi itu ialah Abang Mat Padang saorang gangster pencen. ( saya akan tulis pengalaman pahit manis saya bersama Bang Mat Padang dilain entri )

Ada saja rintangannya menyebabkan permohonan kami tertangguh walaupun DS Sanusi sendiri berjanji untuk meluluskannya.

Adik angkat saya mencadangkan agar kami bertemu Tok Ayah minta dia buat sembahyang hajat agar Allah memakbulkan permohonan kami. Md Zain kata semua yang jadi ahli saham syarikat kena hadhir bersama .

TAK DAPAT NAK SOROK APA APA DARI TOK AYAH…………


Jadi kami pun berjumapa Tok Ayah. Maka macam macamlah cerita Tok Ayah mengulas peribadi kami lepas saorang saorang…yang peliknya kesemua kami mengakui kebenaran cerita cerita Tok Ayah itu sebagai benar ..tiada yang tidak betul..akibatnya masing masing dah tahulah perangai antara satu sama lain.

Tok Ayah menggelar saya sebagai Lebai Maghrib….memang benar ketika itu ..saya hanya rajin sembahyang maghrib ..yang lain banyak tertinggal. Tok Ayah kata …dalam loghat kedah…hang yang sekok ni…lepas maghrib gantung songkok kat dinding..maghrib esok baru hang ambek balik…dari la ni saya kena panggil hang lebai maghrib lah…..

BUANG KIFARAT………………

Tok Ayah kata…memang padanlah Allah tahan rezeki hang semua..hang ni takdak yang tak berkarat….banyak sangat karat. Tuan Haji ni …lagi teruklah takdak betui yang baik hang buat masa hang muda muda dulu…hang perabih semua..kata Tok Ayah kepada Bang Mat… hang kena sewa bodoza ..nak kambuih lubang hang..tak boleh main cangkui cangkui dah..

Tok Ayah merujuk karat karat ini sebagai Kifarat. Mengikut Tok Ayah kami kena mandi air daun daun tertentu didnihari dan dia kena buat sembahyang hajat selama tiga malam berturut turut minta Allah ampunkan dosa dosa kami ( buang karat karat ). Saya Cuma mintak pada Allah saja ..tak taulah Allah setuju hapuih karat karat hang atau tidak kata Tok Ayah sambil ketawa.

Kami masing masing diminta membawa sehelai kain putih umpama kain kapan, sehelai kain kuning untuk alas tilam , RM 65.00 duit syiling, sepapan telur ayam, 9 biji limau nipis ,3 helai kain basahan mandi dan baldi plastik 4 gelen.

SEMBAHYANG HAJAT BUANG KIFARAT………..


Satelah tiba hari yang ditentukan kami semua datang kerumah Tok Ayah ditepi sungai itu. Kami borak boraklah hingga sampai jam 12.30 malam , barulah Tok Ayah nak mulakan sembahyang hajatnya. Sambil itu kami perhatikan Tok Ayah telahpun menjerang air dalam 4 tong minyak tanah. Saya lihat banyak daun daun kayu didalam tong tong tersebut. Tok ayah menggunakan kayu api. Ditepi tong tong itu telah sedia 4 kerusi ( kami ada 4 orang )

Tok ayah minta kami alas alas tilam tilam sponge yang disediakannya dan baring menghadap kiblat dan gunakan kain putih untuk menutup seluruh badan kecuali muka umpama mayatlah kami ketika itu.

Maka Tok Ayah pun memulakan sembahyang hajatnya. Saya perhatikan Tok Ayah membawa surah Al-Ikhlas sebanyak 13 kali pada setiap rakaat. Dirakaat yang kedua setelah membaca Tahiyyat Akhir Tok Ayah tidak beri salam tetapi terus sujud semula dan berdoa ..ada yang bahasa Arab ada yang bahasa melayu yang saya faham. Selepas bangun dari sujud barulah Tok Ayah beri salam kekanan dan kekiri.

Saya pernah bertanya akan hal ini kepada Tok Ayah : Jawabnya…hang kalau pegi mintak tolong pada Tok Isa ( menteri besar NS ketika itu ) hang mintak bila hang dah keluak pejabat dia ka ?

Salepas selesai sembahyang sunat hajat Tok Ayah keluarkan buku dia dan mula membaca doa yang panjang didalam bahasa Arab..ada kalanya saya mendengar dia menangis…dan ada kalanya doa dia dalam bahasa melayu.

Sekitar jam 3 pagi Tok Ayah kejutkan kami ( semua tidur berdengkur melainkan saya ) . Maka kami duduklah diatas tikar sembahyang menghadap Tok Ayah saorang lepas saorang. Mula mula Tok Ayah baca doa dalam bahasa Arab dan hembuskan ke ubun ubun kani ..selepas itu baca doa lagi dan hembuskan ketelinga kami kanan dan kiri…wadduh sejuk betul rasanya umpama air batu….

MANDI BUANG KIFARAT DI – DINI HARI …………bersambung.

Kenangan :

Omar Abdullah….terima kasih Tok Ayah you are like my own father.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan adalah sangat dialu-alukan
ulasan adalah atas tanggungjawab anda sendiri