Salam saudara pembaca yang dihormati....
Semuga di Rahmati Allah SWT.
Pada Entri hujung minggu ini , saya ingin menulis mengenai saorang orang lama / tua yang sangat saya sayang dan hormati.Saya tidak pasti akan umurnya sebab bila saya tanya dia senyum sahaja, agak agak saya usia dia menghampiri 100 tahun tetapi masih tegap dan cergas bagaikan orang berumur 50 an.
Saya memanggilnya sebagai TOK AYAH. Tok Ayah saya ini tinggal saorang diri disabuah pondok ditepi sungai Muar tidak jauh dari kampong saya. Tok Ayah ini kontroversi sikit ...bukan sahaja dari segi perawatakannya tetapi juga pakaiannya...kadang kadang dia berpakaian seperti anak muda seluar jean jenama levis ..siap dengan jaket..levis juga tetapi serbannya tetap ada. Kalau dia pakai jean...kasutnya kasut boot jenama johnson.
Ada kalanya dia pakai jubah ala orang tabligh ..dan ada juga kalanya juga dia pakai kain pelakat cap gajah siap pakai kot tetapi serbannya diganti dengan TARBUS TURKI bewarna merah.
Hobinya sedekah telur rebus dan menabur duit syiling setiap hari Jumaat jika dia memilih untuk sembahyang Jumaat. Kesukaannya ialah makan kerak nasi. Bila masak nasi, nasi yang dimasak ayam dan itik dia yang makan...kerak nasi itu jangan diusik...itu makanan dia. Tok Ayah ni sangat kuat merokok ..lepas sebatang ..sebatang..tak putus putus..rokoknya pula susah nak cari rokok gudang garam merah yang takda gabus tu...susah susah caripun...Tok Ayah tak pernah putus bekalan rokoknya.
Akibat perangai pelik dia..ramai juga orang dikawasan gemas yang tahu atau cam orang tua ini mengatakan dia sewel ...orang tak tentu....tapi bagi orang yang mengenali dia secara rapat...akan berkata..jangan main main dengan Tok Ayah..dia bukan sebarang orang.
Mengikut cerita Tok Ayah dia berasal dari Baling, Kedah tetapi keluarganya ramai di Satun Selatan Thailand. Dia pernah mengumpul duit bertahun tahun untuk pergi Mekah. Tujuan ke Mekah ialah hendak bersembahyang hajat di Masjidil Haram ..nak minta Allah bagi dia Ilmu Dunia untuk menolong sesama muslim. Agaknya Allah makbulkan niat dia...sebab dia pernah tunjukkan kepada saya sabuah kitab tulisan tangan yang mengikut Tok Ayah diperolehinya dari saorang Habsyi di Masjidil Haram.
Tok Ayah ini saya perhatikan ada macam macam kelebihan..pertamanya apa juga yang dia tanam yang dia tanam itu subur..apa juga yang dia pelihara ...pasti membiak cepat. Saya pernah lihat sendiri dia menanam pokok manggis ...selepas 4 tahun ..saya tengok manggis dia dah berbuah lebat..sedangkan manggis kita dah berumur 7 tahun masih malas berbuah. Ada orang sedekah pada dia sepasang ayam api api ..tak sampai setahun saya lihat sendiri Tok Ayah ada berpuluh ekor ayam api api. Saya sendiri pernah bela juga ayam api2 ini ..hampir 2 tahun bela tak mahu jadi..walaupun ayam itu bertelur.
Saya pernah tengok dia bersembahyang hajat...aduh ..dia baca fatihah dengan taranum yg sungguh syahdu hingga air mata saya bertitisan...saya juga pernah duduk dan berbaring melihat dia bersembahyang hajat mulai 12.30 malam hingga subuh. Memang Tok Ayah ini suka bersembahyang hajat cara dia...apa juga persoalan ..dia pun ajukan kepada Tuhan melalui sembahyang hajatnya.
Banyak amalan amalan Tok Ayah ini ...disini saya turunkan salah satu amalan yang dianjurkannya iaitu mengamalkan AYAT 3 apabila kita menghadapi apa apa jua masalah atau hajat besar . Sdra yang minat dan percaya bolehlah cari ayat ayat ini , hafalkan dan amalkan ( tok ayah dah bagi ijazah umum dah ) :-
Pertama Surah Asy Syuaraa Ayat 94-95
dengan syarat tukarkan kalimah wa junu du iblis ajmaun dengan wajunu dihi iblis ajmaun
Kedua Surah Yaasin ayat 65
Ketiga Surah Yaasin ayat 82
Bacalah ayat ini sekaligus sebanyak 3 X akhiri dengan Zikir Nafas Kalimah Allah Tarik Kedalam dan hembuskan Kalimah HU ..kearah apa yang ditujukan.
Mengikut Tok Ayah jika dimakbulkan Allah besi pun patah. Mengenai perkara ini saya boleh sahkan kebenarannya. Saya terlupa akan pesanan Tok Ayah atau saya tak ambil berat..warning Tok Ayah..saya baca ayat ayat ini ketika mahu berjumpa saorang Menteri Besar untuk urusan duniawi..camshaft kereta mercedez diesel saya patah dan saya kena belanja RM 2,500.00. yang peliknya lepas sahaja kereta siap dan bayar bil sebanyak RM 2,500.00 saya kerumah Tok Ayah..sampai sahaja Tok Ayah ..perli saya Hang ni memang degil...dah cakap jangan baca dalam kereta ..hang baca jugak..padan muka hang kena 2,500.00. lantas saya jatuh terduduk ..nasib baik jatuh duduk atas kerusi....
bersambung..............
Maafkan saya en omar. Saya tidak niat mengatakan tok Ayah yg tuan cerita itu salah. Tp sebagai org islam sy perlu tegur juga.. Tuan nak terima terpulanglah. Ttg ayat wajunud iblis... Kalau kita ubah jadi wajunudihi iblis.. Maknanya akan berubah menjadi 'dan tenteranya adalah iblis....' perubahab makna ini sangat besar kesannya terhadap akidah kita. Untk penerangan sy harap en.omar rujuklah mana2 ustaz ttg kesan perubahan makna itu. Ingatlah iblis akan membantu suatu perkara yg menggelincirkan akidah anak adam dgn menimbulkan sesuatu keajaiban spy kita rasa ia tidak salah
BalasPadam